Mungkin di Malaysia, kereta jenama Peugeot agak kurang popular tapi untuk pengetahuan korang, Pengeluar automotif dari Perancis itu telah melancarkan Peugeot 508 PSE PHEV (2021) secara rasmi di Jerman gais.
Ini adalah model sedan segmen-D paling berkuasa pernah mereka keluarkan.
Mereka meletakkan enjin hibrid plug-in (PHEV) pada Peugeot 508 PSS PHEV yang mampu menghasilkan kuasa 355hp. Pergh! Confirm berdesup pergi dia.
Kereta ini dikuasakan dengan enjin 1.6L turbo berkuasa 197hp dengan tork 300Nm bersama dua motor elektrik padagandar depan dan belakang yang mampu hasilkan kuasa 355hp dan 520Nm tork. Untuk tranmisi, ia menggunakan automatik 8-kelajuan dengan sist 4WD sepenuh masa.
Peugeot 508 PSS PHEV ini mampu pergi 250km/j kelajian maksimum dan pecutan 0-100km/j cuma 5.2 saat jer. Untuk bateri pula, is didatangkan dengan bateri berkapasiti 11.5kWh dan boleh dipandu dalam kod elektrik sehingga 42km.
Design dia memang sporty bersama rim 20 inci yang nampak handsome tu. Korang dah ready nak dengar harga dia?
Untuk pasaran Jerman yang baru jer dilancarkan ni, mereka ditawarkan dengan dua variasi iaitu sedan harga bermula €66,640 (RM328,170) dan wagon pada harga €67,940 (RM334,570).