Petugas Yang Sudah Divaksin Sahaja Dibenarkan Terlibat Dalam Ibadah Korban

Trending

Petugas Yang Sudah Divaksin Sahaja Dibenarkan Terlibat Dalam Ibadah Korban

Umat Islam di Malaysia bakal menyambut ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha bulan ini. Oleh itu, untuk keselamatan kerajaan Selangor telah menetapkan petugas ibadah korban perlu dalam kalangan golongan yang sudah divaksin.

Menerusi laporan Selangokini, EXCO pertanian memaklumkan pihak yang bertanggungjawab perlu menyenaraikan nama individu yang belum disuntik untuk dimasukkan dalam Program Vaksin Selangor (Selvax) sebelum terlibat dalam ibadah korban.

Advertisement

“Kita telah meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menghubungi masjid untuk menyenaraikan nama petugas yang belum divaksin”

“Sekurang-kurangnya petugas yang bertugas dalam ibadah korban itu nanti sudah menerima dos pertama. EXCO kesihatan juga dimaklumkan supaya masukkan kumpulan ini sebagai keutamaan” – Ir Izham Hashim

petugas korban PKP

Sumber : Selangor Kini

Beliau berkata dalam sidang media Program Sumbangan Korban di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini dan menekankan tindakan ini dilakukan bagi mewujudkan suasana yang lebih selamat.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...