Petugas Ibu Pejabat Di Shah Alam Positif COVID-19, SIRIM Ambil Tindakan Pencegahan

Trending

Petugas Ibu Pejabat Di Shah Alam Positif COVID-19, SIRIM Ambil Tindakan Pencegahan

Wabak coronavirus gelombang kedua kini merebak dengan lebih pantas dari yang dijangka. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru saja mengumumkan jumlah semasa berkenaan kes COVID-19 di Malaysia di laman Twitter. Terdapat 12 kes baru yang direkod setakat ini, menjadikan 129 kes keseluruhan.

Berikutan kes ini, seorang petugas ibu pejabat SIRIM di Shah Alam juga dikatakan telah dijangkiti pada Selasa lepas. SIRIM telah mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan awam dan mencegah sebarang potensi risiko penyebaran virus itu. Kawasan yang terlibat dan kawasan guna sama telah menjalani proses sanitasi.

Advertisement

Mereka juga telah mengambil langkah lain untuk mencegah virus ini seperti menyediakan ‘hand-sanitizer’ di kawasan awam sekitar bangunan SIRIM. Mereka juga menghadkan pelawat di pintu masuk serta meningkatkan frekuensi pembersihan dan menyahjangkit di kawasan yang tinggi jumlah pelawat dan penggunaannya setiap hari.

Turut diberitahu, pekerja yang mempunyai hubungan rapat dengan pekerja yang positif virus tersebut juga telah menjalani ujian seperti yang ditetapkan oleh KKM dan juga telah dikuarantinkan.

Pejabat-pejabat SIRIM lain yang tidak terlibat dengan penyebaran virus itu walaubagaimanapun tetap mengambil langkah-langkah pencegahan yang sama. Keadaan COVID-19 ini akan sentiasa dipantau bagi memastikan langkah seterus diambil untuk memastikan keselamatan pekerja, pelanggan dan pegawai kepentingan SIRIM.

Baca: Penyampai Radio Dikecam Cuba Menangkap Coronavirus Dengan Menjilat Pelbagai Kemudahan Awam

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...