Petugas barisan hadapan ketika ini adalah individu yang paling terdedah kepada risiko untuk dijangkiti virus COVID-19. Menguruskan dan merawat pesakit positif COVID-19 setiap masa membuatkan golongan ini perlu menitik beratkan langkah pencegahan yang khusus.
Seorang jururawat bernama Charly Escobedo Gonzalez yang berkhidmat di Mexican Institute of Social Security (IMSS), Monclova pula menceritakan bahawa petugas perubatan di sana tidak dibenarkan untuk memakai topeng muka apabila bertugas. Arahan ini dikeluarkan ketika Mexico masih berada di peringkat awal penularan COVID-19.
Selain itu, pemakaian topeng muka hanya akan meningkatkan suasana cemas dan perasaan panik dalam kalangan pesakit dan orang ramai.
Pihak pengurusan hospital memandang isu pemakaian topeng muka tidak diperlukan ketika wabak ini masih di peringkat awal, begitu juga pemakaian peralatan pelindung. Hospital awam yang dinyatakan adalah antara tempat pertama yang merekodkan kenaikan kes positif COVID-19 di Mexico.
Pada akhir Mac lalu kira-kira dua doktor dan seorang kakitangan hospital telah meninggal dunia akibat virus ini. Dianggarkan juga 51 orang kakitangan yang lain telah disahkan positif COVID-19.
Kakitangan yang dijangkiti kini sedang menerima rawatan di hospital yang sama. Kebimbangan orang ramai timbul dengan melihat kepada sistem penjagaan kesihatan Mexico yang mengalami kekurangan dana. Di samping itu, negara ini juga dilihat tidak bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pandemik COVID-19.
Pegawai kanan hospital telah mengesahkan pendedahan yang dibuat oleh jururawat Charly sebagai sesuatu yang benara. Namun, tidak semua kakitangan yang berada di hospital tersebut perlu memakai pakaian perlindungan kerana bekalan tersebut akan cepat habis jika tidak digunakan dengan sebaiknya.
Sekiranya bekalan peralatan perlindungan tidak mencukupi, ini akan merisikokan petugas perubatan yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19. Laporan sehingga hari ini, Mexico telah mencatatkan kes positif yang agak membimbangkan iaitu sebanyak 5,399 kes positif COVID-19 dan 406 pesakit telah terkorban akibat wabak tersebut.