Petugas Barisan Hadapan Indonesia Luah Rasa Kecewa Melalui #IndonesiaTerserah

COVID-19

Petugas Barisan Hadapan Indonesia Luah Rasa Kecewa Melalui #IndonesiaTerserah

Ketika penularan kes COVID-19 terus meningkat di seluruh dunia, petugas barisan hadapan Indonesia dilihat kini seperti sudah berputus asa.

Terkini, tagline  “Indonesia? Terserah!!!” menjadi trending di media sosial, seperti menunjukkan kekecewaan mereka terhadap masyarakat di sana yang masih tidak mahu mematuhi penjarakan sosial dan kawaan pergerakan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Advertisement

Selain itu, hashtag #IndonesiaTerserah juga trending di media sosial dengan rata-rata netizen Indonesia memberikan komen berbentuk sindiran dan kritikan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab mengingkari arahan pematuhan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) yang dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia sejak 15 Mac lalu.

Seorang petugas barisan hadapan di Indonesia yang kecewa dengan sikap kebanyakkan rakyat di sana, telah memulakan hashtag tersebut pada 15 Mei lalu yang kemudiannya tular dengan sokongan pengguna media sosial yang lain di Indonesia.


Mereka turut menyindir pihak berkuasa dan pemerintah Indonesia kerana dikatakan tidak tegas dalam memastikan pematuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan dalam PSBB.


Namun, dipercayai terdapat sebilangan gambar yang tular telah disunting bagi tujuan mengelirukan rakyat mengenai pematuhan PSBB sepeti gambar penunggang motosikal yang bersesak ketika berlakunya banjir buruk di Jakarta pada awal tahun 2020.

Sehingga kini Indonesia telah mencatat 1418 kematian dan kes positif meningkat kepada 23,165 kes. Indonesia mencatatkan jumlah kematian tertinggi di Asia Tenggara akibat COVID-19.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...