Petua Mengatasi ‘Serangan’ Nyamuk Ketika Musim Panas

Trending

Petua Mengatasi ‘Serangan’ Nyamuk Ketika Musim Panas

Ramai yang menyangka nyamuk banyak ketika musim hujan. Tetapi anda silap! Sebenarnya ketika musim kering dan panas ini juga nyamuk akan singgah di rumah anda malah menjadi lebih ganas ‘menyerang’ anda dan keluarga.

Advertisement

Pada musim panas, air takungan akan berkurang dan kering jadi nyamuk kekurangan sumber ‘makanan’. Sebab itulah mereka keluar mencari mangsa dan makanan baru iaitu darah kita. Semestinya situasi ini sangat lah tidak selesa terutamanya jika kita ada anak kecil dirumah.

Jadi, untuk mengelakkan nyamuk berkumpul dan menyerang rumah anda, kami sediakan beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menghadapi situasi ‘serangan’ nyamuk.

Gunakan aroma terapi

Terdapat pelbagai bauan aroma terapi yang boleh menghalang nyamuk untuk menghampiri kawasan rumah seperti lemon, lavender dan rosemary. Menggunakan aroma terapi penting bukan hanya membuat bilik wangi, tetapi boleh menghalau nyamuk daripada bersarang di rumah. Pelbagai jenis aroma terapi terdapat di pasaran sama ada dalam bentuk minyak, lilin atau humidifier. Selain itu, anda boleh menggunakan lampu yang mempunyai warna kuning kerana ini tidak disukai oleh nyamuk.

Meningkatkan peredaran udara

Pastikan sistem pengudaraan di bilik dan rumah anda berada dalam keadaan baik. Pasang kipas and penyaman udara sekerap mungkin supaya bilik menjadi sejuk. Nyamuk amat suka berada di kawasan yang lembap dan panas. Peredaran udara yang bagus juga dapat menghilangkan bau busuk disekitar rumah dan membantu anda bernafas dengan lebih baik.

Elakkan menyimpan barang di bawah meja

Sumer: Sweet Limonade

Pada waktu pagi dan tengah hari, nyamuk biasanya akan bersarang di kawasan gelap seperti di bawah meja. Jika anda meletakkan barang yang banyak di bawah meja, nyamuk semestinya berasa gembira dan berkumpul di situ dan perkara ini juga menghalang cahaya masuk ke bahagian bawah meja. Seeloknya anda menyimpan barangan tersebut di dalam almari, laci atau kotak dan menutupnya dengan ketat.

Jangan biarkan rumah anda gelap

Elakkan bilik dan ruangan di rumah menjadi gelap kerana nyamuk sangat menyukainya. Buka tingkap dan langsir seluasnya supaya rumah menjadi terang dan tidak lembap. Elakkan menggunakan langsir dengan warna gelap untuk mengelakkan nyamuk berkumpul di situ. Tukar langsir rumah anda dengan warna terang seperti biru dan kuning. Jika anda mahu menjadi lebih neutral dan simple, anda boleh menggunakan warna putih.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...