Petua Cara Cuci Botol Susu Anak Ketika Travel Tanpa Guna Sabun Dan Berus

Trending

Petua Cara Cuci Botol Susu Anak Ketika Travel Tanpa Guna Sabun Dan Berus

Bila pergi melancong ke sesuatu tempat bersama anak kecil, perkara yang merungsingkan kepala mak ayah bagaimana caranya nak cuci botol susu anak dengan kaedah mudah, cepat dan bersih.

Advertisement

Artikel kali ini admin kongsikan dengan korang bagaimana pasangan ini menggunakan petua dan cara mudah mencuci susu botol anak mereka ketika sedang melancong ke sana kemari.

Jom baca..

Tadi isteri saya ajar petua nak cuci botol susu kalau pergi travel.

Kebetulan saya memang tengah ke KL sekarang ni.

1. Sebaiknya jangan sampai bekas susu tu dah berkerak dan basi baru nak cuci. Paling bagus cuci sebelum timbul bau yang tak best

2. Gunakan 50% beras + 50% garam sebagai bahan untuk gantikan berus botol susu tu

3. Masukkan campuran tadi tu dan air panas ke dalam botol susu

4. Goncang je sampai dah yakin semua bekas susu tu dah terhakis semua

Ajaibnya memang sampai ke dasar botol tu cuci dan bersih!

Jadi lepas ni tak payah bawak berus dan sabun pencuci botol susu dah.

Kredit : Taufiq Razif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...