Setiap kali konflik geopolitik memuncak, khususnya melibatkan Amerika Syarikat dan Iran, pasaran minyak dunia pasti bergolak. Ancaman terhadap laluan penting seperti Selat Hormuz menyebabkan harga minyak mentah melonjak akibat gangguan bekalan global.
Situasi ini sering menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat Malaysia: mengapa negara yang menghasilkan minyak sendiri masih terkesan?
Menurut penjelasan Petronas, realitinya sistem tenaga dunia saling bergantung. Konflik di Asia Barat bukan sahaja menjejaskan pengeluaran, malah mengganggu penghantaran, logistik dan kos perkapalan.
Harga minyak mentah global dilaporkan meningkat hampir 40%, manakala kos insurans dan penghantaran turut melonjak. Lebih penting, Malaysia masih bergantung kepada import kerana pengeluaran domestik tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan bahan api negara.
Difahamkan, lebih separuh minyak mentah yang diproses di Malaysia adalah import, dan hampir 40% daripadanya melalui Selat Hormuz laluan yang kini terjejas akibat ketegangan geopolitik.

Bagi memastikan bekalan mencukupi, Petronas telah mengambil langkah proaktif, termasuk menjamin rantaian bekalan bahan api negara kekal stabil sekurang-kurangnya sehingga Mei 2026.
Dari segi harga pula, bahan api seperti RON95 dan diesel masih berada di bawah kawal selia kerajaan serta disokong subsidi, sekali gus membantu mengurangkan impak kepada pengguna.
Kesimpulannya, walaupun Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, ia tidak kebal daripada kesan krisis global. Sistem bekalan tenaga dunia yang kompleks dan saling bergantung menyebabkan sebarang konflik antarabangsa tetap memberi tempias kepada ekonomi tempatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
