Isnin 2 minggu lalu, Abang Nara telah menghadiri majlis perasmian PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula di stesen PETRONAS Technology Park Malaysia. Selaku salah seorang daripada jutaan pengguna tetap PETRONAS seluruh Malaysia, Abang Nara memang teruja sangat-sangat. Iyerlah, selalu kalau produk baru, pastinya kualiti pun lebih bagus.
Keterujaan Abang Nara ternyata berasas apabila mendengar ucapan perasmian daripada En Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus. Menurut beliau, PRIMAXÂ 95 baharu dengan Advanced Energy Formula dibangunkan dengan kerjasama jurutera PETRONAS dan pasuka Formula F1 Mercedes AMG. Kehebatan kerjasama ini dibuktikan dengan kemenangan berturut-turut Lewis Hamilton dan Nico Rosberg dalam perlumbaan F1 tahun ini. Hebat kan?
PRIMAXÂ 95 baharu dengan Advanced Energy Formula memberikan prestasi yang lebih tinggi dan mampu memberikan perjalanan yang lebih jauh untuk kenderaan yang menggunakannya. Bukan sahaja membersihkan enjin untuk mengoptimumkan penghantaran, PRIMAX 95 baharu turut serta menghasilkan semburan petrol yang lebih halus untuk menambah baik pembakaran dan pelepasan tenaga. Sekaligus dapat mengurangkan geseran bagi meminimumkan kehilangan tenaga dan seterusnya memberikan penjimatan petrol yang lebih baik. Senang cerita, kalau isi minyak Primax 95, confirm enjin lebih power dan akan lebih banyak penjimatan berlaku.
Pembangunan PRIMAXÂ 95 ini adalah dengan kerjasama Perunding Prestasi Teknikal Petronas PRIMAXÂ dan pemandu pasukan Mercedes AMG Petronas Formula One, Lewis Hamilton dan kumpulan jurutera dan ahli kimia di pusat penapisan dan penyelidikan serta makmal enjin dan kenderaan di Asia dan Eropah. Lewis Hamilton yang menggunakan minyak PETRONAS PRIMAXÂ dalam setiap pelumbaan F1 akan memberikan maklum balas tentang prestasi minyak ini dan ia digunakan oleh PETRONAS untuk membangunkan PRIMAXÂ 95 buat kita semua. Jadi, kita semua mampu menggunakan minyak yang dihaslikan dari teknologi sukan bertaraf antaranbangsa, F1. Fuh~~ Power kan?
Abang Nara dah mula menggunakan PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula untuk kereta Abang Nara. Memang terasa perubahannya. Paling ketara ialah memang jimat sangat-sangat. Kereta Abang Nara memang pergi lebih jauh. Korang yang belum cuba bolehlah mengisi minyak PRIMAXÂ 95 baharu yang kini sudah ada di seluruh stesen minyak PETRONAS seluruh negara. Untuk informasi lanjut, layari www.mymesra.com.my.