Petron kembali buat kejutan besar, khas untuk pelanggan kesayangan mereka dengan memberikan anda bekalan minyak selama setahun secara PERCUMA! Ya, percuma saja guys!
Siapa yang selalu isi minyak setiap minggu tu, Inilah masanya untuk anda selamatkan segala wang yang ada dalam bank akaun dengan menyertai peraduan ‘1 Tahun Minyak Percuma’ Petron ini!
Nak tahu cara untuk sertai peraduan ini? Meh sini kami kongsikan.
Isi Minyak Dengan PETRON BLAZE 95, Memang Berbaloi!
Sebelum kami kongsi cara untuk sertai peraduan ini, anda tahu tak isi minyak di Petron ni sangat berbaloi, lagi-lagi kalau isi minyak PETRON BLAZE 95? Seriuslah?
Sajalah nak kongsi, apa yang membuatkan PETRON BLAZE 95 ini berbaloi untuk digunakan adalah sebab ia dirumus dengan teknologi tambahan termaju yang berupaya untuk mengoptimumkan prestasi enjin tau.
Dengan bahan tambahan seperti detergen, ia sangat berkesan dalam memastikan penyuntik bahan api enjin dan injap masuk bersih untuk mengekalkan operasi yang cekap dan lancar. Barulah smooth perjalanan anda nanti!
Paling penting, ia mempunyai peningkatan pembakaran unik yang menggalakkan pembakaran bahan api yang lengkap untuk memberikan lebih kuasa dan mengurangkan penggunaan bahan api, memenuhi Spesifikasi Euro 4M. Sebab itulah PETRON BLAZE 95 ni berbaloi!
Eh, alang-alang tu, percaya tak kalau kami kata cara nak sertai peraduan ini senang kacang saja, iaitu berbelanja minima RM250 sebulan untuk petrol di Petron dengan menggunakan kad PMiles atau aplikasi mudah alih Petron. Senangkan?
Selain Minyak Percuma, Nikmati Pelbagai Tawaran Menarik Dengan Kad PMiles!
Haa, nak sertai peraduan ‘1 Tahun Minyak Percuma’ ni, anda perlu ada kad PMiles tau. Siapa yang belum ada kad PMiles tu, baik pergi buat sekarang sebab bukan setakat berpeluang nikmati minyak percuma selama setahun, malah banyak tawaran menarik menanti!
Dengan kad PMiles, anda akan menikmati penjimatan yang lebih banyak, promosi eksklusif, tebus barangan eksklusif dengan mata Petron Miles, dan ganjaran mata seperti:
– peroleh 3x mata Petron Miles bagi setiap liter bahan api Blaze 100 yang dibeli
– peroleh 2x mata Petron Miles bagi setiap liter bahan api Blaze 97, Blaze 95, Turbo Diesel dan Diesel Max yang dibeli
Berbaloi kan kalau ada Kad PMiles ni? Anyways, kalau anda berminat untuk sertai peraduan ‘1 Tahun Minyak Percuma’, ikut saja langkah di bawah ini:
Langkah 1: beli bahan api minima RM250/sebulan (Petron Blaze RON95, RON97 dan RON100) menggunakan Kad Kredit, Kad Debit, Tunai, atau E-Wallet beserta resit
Langkah 2: imbas Kad PMiles yang didaftarkan atau imbas kod QR PMA
Langkah 3: selepas menghantar penyertaan, peserta dianggap telah membaca dan bersetuju dengan notis privasi yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat
Setiap peserta (jika dipilih sebagai pemenang) hanya layak untuk memenangi SATU (1) hadiah dalam tempoh peraduan.
Paling best, anda tak akan pulang dengan tangan kosong kalau sertai peraduan ini tau! Antara hadiah lumayan menanti anda adalah:
Hadiah Utama: 10 pemenang bulanan
Mata Petron Miles bernilai RM4,800 (mata Petron Miles akan dikreditkan melalui Aplikasi Mudah Alih Petron)
Hadiah Saguhati: 75 pemenang bulanan
Mata Petron Miles bernilai RM500 (mata Petron Miles akan dikreditkan melalui Aplikasi Mudah Alih Petron)
Fuhhh, bestnya! Sebab itu kami kata berbaloi kalau isi minyak bersama Petron, lagi-lagi kalau ada Kad PMiles!
Jadi, anda tunggu apa lagi tu. Jom sertai peraduan ‘1 Tahun Minyak Percuma’ sekarang sebab tempoh penyertaan sehingga 31 Mac 2025 saja tau!
Klik pautan ini untuk ketahui lebih lanjut tentang terma dan syarat, https://bit.ly/4g4M02J, atau layari laman web rasmi Petron. Ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini daripada Petron!