Petron Bagi Tiket Konsert BLACKPINK?! Jom Ikut Langkah Mudah Ini Kalau Nak Menang!

Branded

Petron Bagi Tiket Konsert BLACKPINK?! Jom Ikut Langkah Mudah Ini Kalau Nak Menang!

Kehangatan kian terasa, siapa dekat sini yang pergi ke BLACKPINK WORLD TOUR [BORNPINK] KUALA LUMPUR, mesti dah tak sabar kan? Maklumlah, Malaysia kan jarang di ‘notice’ bab-bab world tour ni~ 

Namun, walaupun konsert akan berlangsung tidak lama lagi, masih ramai peminat yang tidak berpeluang untuk mendapatkan tiket konsert kerana ‘sold out’ terlalu cepat dan reseller menjual semula tiket pada harga yang lebih mahal. Ish, ish, ish… 

Tapi, anda tak perlu risau sebab kami ada berita gembira khas untuk Blink Malaysia yang mana Petron akan memberikan tiket BLACKPINK WORLD TOUR [BORNPINK] KUALA LUMPUR!! Seriuslah?!!

Menangi Tiket Hanya Dengan Isi Minyak & Kumpul Mata P Miles!

Petron BLACKPINK

Siapa yang belum ada kad Petron Miles lagi, cepat pergi ke Petron berdekatan dan dapatkan sekarang sebab kalau anda kumpul mata P Miles, anda berpeluang untuk memenangi tiket konsert BLACKPINK WORLD TOUR [BORNPINK] KUALA LUMPUR. Bestnya!

Cara nak kumpul mata Petron Miles pun senang saja, anda hanya perlu isi minyak di Petron yang berdekatan tau! Senang kan?

Petron BLACKPINK

Untuk sertai peraduan, anda hanya perlu ikut langkah mudah di bawah ni:

Langkah 1: Muat turun aplikasi mudah alih Petron daripada App Store atau Google Play Store

Langkah 2: Tebus e-baucar “BORN PINK” dengan menggunakan 50 mata P Miles yang terkumpul daripada aplikasi (hanya boleh tebus sekali saja dan akan diambil sebagai pengesahan penyertaan peraduan), 

Langkah 3: Kumpul mata P Miles semasa tempoh peraduan dijalankan,

Langkah 4: Peserta yang mengumpul sekurang-kurangnya 300 mata P Miles akan layak memenangi sepasang tiket konsert BLACKPINK World Tour [BORNPINK] Kuala Lumpur.

*Peraduan sah dari 8 Januari hingga 26 Februari 2023

Sebanyak 30 pasang tiket konsert BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK] KUALA LUMPUR akan diberikan:

– 10 pemenang pertama: sepasang (2 tiket) tiket Kategori 2 bernilai RM1,996.00

– 10 pemenang seterusnya: sepasang (2 tiket) tiket Kategori 3 bernilai RM1,576.00.

– 10 pemenang akhir: sepasang (2 tiket) tiket Kategori 4 bernilai RM1,176.00

Mudah saja kan? Jadi, tunggu apa lagi, cepat serbu Petron yang berdekatan sekarang dan kumpul mata P Miles sebanyak mungkin! 

Lagi best, setiap hujung minggu bermula 14 Januari 2023, stesen servis Petron akan mengadakan #PetroninYourArea yang mana terdapat pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti permainan, hadiah percuma serta dekorasi yang menarik bertemakan BLACKPINK. Wow, confirm meriah!

Lagi gempak, mulai Februari, Petron terpilih ini akan bertukar lampu kanopi daripada warna putih kepada pink pada waktu malam. Fuhhh, terbaiklah! 

5 Stesen yang terlibat dengan #PetroninYourArea ni adalah:

– PETRON KM17.1 NORTH – SOUTH HIGHWAY SB (FI)

– PETRON JURU Arah Selatan (FI)

– PETRON NKVE Arah Kuala Lumpur

– PETRON RSA Seremban Arah Utara

– PETRON Toll Sg Besi Arah Selatan

Alang-alang anda spend time dekat Petron setiap hujung minggu tu, anda boleh kumpul mata untuk kad P Miles tau! Haa, lagi banyak kumpul, lagi tinggi peluang untuk menang tiket!

Nak tahu tips kumpul mata P Miles tak? Haa, beli setiap liter bahan api Blaze 100 untuk dapatkan 3 kali ganda mata untuk kad P Miles. 

Paling penting, muat turun aplikasi mudah alih Petron sekarang untuk nikmati lebih banyak promosi hebat daripada Petron!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Petron sekarang atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...