July 21st, 2017

Nampaknya “perang” untuk pemilihan Fattah Amin sebagai hero drama Coffee Prince versi Malaysia semakin hangat. Kini wujud pula petisyen oleh Team5Angeles yang menyokong Fattah untuk membintangi drama tersebut.

Team5Angels telah berjaya mengumpul sebanyak 2,127 undi sokongan berbanding petisyen bantahan yang hanya mendapat 335 undian.

Bukan itu sahaja, Team5Angles turut menyenaraikan 10 sebab mengapa Fattah sesuai untuk watak Choi Han Kyul . Antara faktornya ialah Fattah mempunyai rupa paras dan ketinggian yang hampir sama dengan Gong Yoo iaitu pelakon Korea yang sebelum ini membawakan watak asal Choi Han Kyul dalam Coffee Prince.

Pelakon Korea Gong Yoo

Fattah bukan sahaja mempunyai jutaan pengikut di Instagram dan merupakan bintang paling popular di Malaysia kini, tetapi beliau juga mempunyai imej bersih dan positif dalam menghadapi setiap gosip dan kontroversi.

Wah, nampaknya ramai yang ingin melihat Fattah dalam Coffee Prince dan mungkin impian peminat beliau akan tercapai. Dengan populariti Fattah dan sokongan daripada peminat, tidak mustahil drama tersebut boleh mencetuskan fenonema.

Sumber Berita : mStar Online / GoPetition


Comments are closed.

Loading...