Lebih 200,000 individu menyokong petisyen yang bertajuk “Remove Amber Heard From Aquaman 2” selepas rakaman audio pengakuannya tular di media sosial. Petisyen yang ditubuhkan oleh individu bernama Jeanne Larson itu meminta pihak Warner Brothers dan DC Entertainment menyingkirkan Amber Heard dari teraju utama sekuel Aquaman.
Ini juga sebagai salah satu tindakan ‘balas dendam’ dari peminat Johnny Depp yang disingkirkan dari filem Pirates of The Carribbean selepas dituduh mendera isterinya itu. Tuduhan itu juga telah memberikan kesan yang sangat negatif kepada kerjaya beliau sebagai pelakon apabila dia kehilangan watak Jack Sparrow kesayangan ramai.
Rakaman audio
TW: Abuse Survivors.
Here’s the audio where Amber Heard mocks Johnny Depp for calling for help while she was abusing him, she then loses her temper and fully admits to abusing him but proceeds to shame him again.
Typical abuser behavior. #TimesUp #JusticeForJohnnyDepp #MeToo pic.twitter.com/KJuit0LwbV
— Sienna (@winonasrider) January 31, 2020
Baru-baru ini, rakaman audio perbualan diantara Amber dan Johnny tular di media sosial dan di dalam rakaman itu, wanita itu mengaku pernah memukul Johnny Depp. Sekaligus, mengubah persepsi orang ramai tentang mangsa sebenar di dalam kes keganasan rumahtangga ini.
Rakaman audio itu dipercayai berlaku pada tahun 2015 apabila pergaduhan di antara mereka berdua. Amber juga turut kedengaran memerli Johnny dan mengherdiknya seperti ‘kanak-kanak’ dan tidak berjanji dapat menahan dirinya dari memukul Johnny lagi.

Kecederaan dialami Johnny Depp
Sekuel kepada filem Aquaman dijangkakan akan menjalani sesi penggambaran pada tahun ini memandangkan akan ditayangkan pada tahun 2022. Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Amber masih kekal sebagai teraju utama selepas kes ini kembali menjadi bualan ramai.
Mengimbas kembali perjalanan Johnny Depp, pada tahun tahun 2018 Disney membuat keputusan untuk menyingkirkan Johnny dari filem itu selepas kontroversi ini berlaku. Sepanjang tempoh 14 tahun, Johnny telah membawakan watak Jack Sparrow untuk lima buah filem franchise itu. Filem itu berjaya muncul sebagai antara filem franchise dengan kutipan tertinggi di dunia dengan kiraan lebih $4.5 billion berjaya dikumpul.