Petani Dari Pulau Pinang Terkejut Lihat Bendi Yang Ditanam Membesar Sepanjang 18 Inci

Trending

Petani Dari Pulau Pinang Terkejut Lihat Bendi Yang Ditanam Membesar Sepanjang 18 Inci

Koay Swee Beng langsung tidak menjangka pohon bendi yang ditanamnya akan mengeluarkan buah sepanjang 18 inci sewaktu mula menanam sayur di rumah tujuh bulan lepas.

Sabtu lalu, petani amatur berusia 65 tahun itu terkejut melihat buah bendi yang dihasilkan begitu panjang.
main_oo_0406_p19b

Advertisement

Pertama kali saya perasan buah itu hanya sepanjang 14 inci. Saya mula rasa curiga dan mencari maklumat di Internet jikalau terdapat buah bendi yang lebih panjang dari itu.

Saya dapati rekod bagi buah bendi terpanjang ialah 16.5 inci dari artikel tahun 2012 melalui berita sebuah portal dalam talian, yang mencatat penanamnya sebagai Sharjah dari Emiriyah Arab Bersatu, dan ia direkodkan dalam Buku Rekod Limca.

Keesokannnya, buah itu membesar sepanjang 16.2 inci dan pada waktu petang, panjangnya menjadi 17 inci. Saya periksa perkembangannya selama dua hari dan ia berhenti memanjang pada 18 inci.

Ia memang mengejutkan kerana buah bendi lain biasanya mempunyai kepanjangan lapan hingga sebelas inci. Benih bendi ini ditanam kira-kira empat bulan lepas.

Buku rekod Limca ialah versi India untuk Guinness World Records yang menekankan pencapaian unik oleh individu bangsa India.

Saya sudah menghantar e-mel kepada Guinness dan masih menunggu jawaban. Harap mereka dapat hantar seseorang untuk sahkan sebelum bendi ini mengecut.

Saya akan keringkan bendi ini untuk mendapatkan bijinya, yang boleh digunakan untuk menanam lebih pokok bendi.

Selain bendi, Koay menanam kobis, buah kundur, choy sum, kailan, bayam, kacang, cili padi dan limau.

Laporan asal: The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...