Pelakon senior, Amyza Aznan dilaporkan telah dimasukkan ke hospital setelah jatuh sakit ketika berada di salah sebuah set penggambaran.
Menurutnya, dia kini semakin sihat dan hanya perlu berehat sepenuhnya. Amyza kini difahamkan sedang sibuk melakukan penggambaran beberapa drama terbaru untuk slot televisyen tempatan iaitu ‘Isabella’ dan ‘Hello, Jangan Tapau Cintaku.”
“Saya ok, jangan bimbang semua. Bila setiap hari kau tiada masa rehat kerana sibuk dengan memenuhi tuntukan kerja. Jadi bila Allah bagi rehat, saya rehat la, tq so much to all doctors and nurses yang sangat efisien tak terluah dengan kata-kata,”
Dalam pada masa yang sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada para petugas kesihatan dan krew penggambaran ZGB Production kerana sentiasa memberi sokongan moral dan semangat ketika dia ditimpa penyakit dan musibah.
Semoga cepat sembuh diucapkan kepada pelakon Amyza Aznan!
FreezyWeeby
September 2, 2020 at 4:16 pm
kakak ni pandai berlakon. kalau watak kelakar pun boleh tahan..watak jahat mmg nampak jahat..watak bitchy saya belum jumpa lagi..jarang tgk TV..selamat berehat ye kak..sakit tu penghapus dosa kecil..moga cepat sembuh
uteh
September 2, 2020 at 2:21 pm
mulut pun kna berenti kecam org..dia pun nk rehat..
sok dia tak larat nak menjawab kat akhirat nnt..ahahaha