Pelakon senior, Amyza Aznan dilaporkan telah dimasukkan ke hospital setelah jatuh sakit ketika berada di salah sebuah set penggambaran.
Menurutnya, dia kini semakin sihat dan hanya perlu berehat sepenuhnya. Amyza kini difahamkan sedang sibuk melakukan penggambaran beberapa drama terbaru untuk slot televisyen tempatan iaitu ‘Isabella’ dan ‘Hello, Jangan Tapau Cintaku.”
“Saya ok, jangan bimbang semua. Bila setiap hari kau tiada masa rehat kerana sibuk dengan memenuhi tuntukan kerja. Jadi bila Allah bagi rehat, saya rehat la, tq so much to all doctors and nurses yang sangat efisien tak terluah dengan kata-kata,”
Dalam pada masa yang sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada para petugas kesihatan dan krew penggambaran ZGB Production kerana sentiasa memberi sokongan moral dan semangat ketika dia ditimpa penyakit dan musibah.
Semoga cepat sembuh diucapkan kepada pelakon Amyza Aznan!