Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat Dan Sepang Alami Gangguan Bekalan Air

Trending

Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat Dan Sepang Alami Gangguan Bekalan Air

Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihentikan sepenuhnya susulan pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber utama ke loji-loji berkenaan.

Menurut kenyataan media Air Selangor, 274 kawasan mewakili 309,687 akaun pengguna akan terkesan berikutan penghentian loji-loji tersebut termasuklah empat wilayah iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

Advertisement

Dedah pihaknya, perkara itu telah dilaporkan kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan lanjut akan diambil bagi mengenal pasti punca pencemaran air di Sungai Semenyih dan kawasan berhampiran.

Selain itu, Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) telahppun diaktifkan oleh pihaknya bagi mendapatkan bantuan kepada pengguna-pengguna yang terjejas.

Rentetan kejadian, pihak Air Selangor mendedahkan masih belum dapat menjangkakan tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan air buat masa ini.

Malah menegaskan pihaknya akan memaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa berkaitan insiden ini kepada pengguna.

Sumber:  Air Selangor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...