Petahnya Adik Ini Berbahasa Arab

Trending

Petahnya Adik Ini Berbahasa Arab

Di Malaysia rata-rata penduduknya boleh bercakap dalam 2 bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Arab setakat amal baca Al-Quran tetapi satu maksud pun tidak faham.

Kalau nak bercakap, setakat Assalamualaikum dan ayat-ayat senang sahaja. Yang lain tak tahu walaupun sudah belajar dari sekolah lagi.

Advertisement

 

Beberapa hari lalu viral satu video seorang kanak-kanak petah berbahasa Arab melayan pelancong sambil memberi makan ikan pari. Kepetahan Faris Izhar Mat Jusoh itu mendapat pujian netizen yang kagum dengan kebolehannya berkomunikasi dalam bahasa itu.

Faris mendedahkan kepada Sinar Harian bagaimana dia boleh menguasai bahasa berkenaan dengan fasih.

Faris yang juga pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat, Langkawi berkata, dia mengambil masa sebelum benar-benar fasih.

Saya ambil masa setahun untuk betul-betul fasih. Bukan mudah nak fasih. Macam saya, saya tengok macam mana orang Arab bercakap.

Sebelum tahu bahasa Arab, saya hafal dan cakap dalam bahasa Inggeris dulu. Setiap kali bercakap dengan pelancong, dan bagi ikan makan, saya akan cakap dalam Bahasa Inggeris.

Selepas tu barulah saya cuba belajar cakap bahasa Arab. Memanglah susah, tapi kalau dah minat semua tu akan jadi mudah.

Faris yang bekerja secara sambilan di Fish Farm, di pulau peranginan itu selepas waktu sekolah juga berazam untuk menguasai lebih banyak bahasa di masa depan. Dia bekerja untuk menyara kehidupan setelah kehilangan ayahnya.

Saya ‘kerja buat show, show tunjuk ikan’ di Fish Farm. Bermula hari Ahad sehingga hari Khamis. Selepas habis sekolah saya akan ke Fish Farm, mula pukul 2.00 petang hinggalah 6.30 petang.

Keluarga tahu saya bekerja, lagipun hobi saya adalah bantu keluarga. Ayah saya dah meninggal, emak pula tak kerja. Tiada masalah, tidak ganggu masa saya di sekolah pun.

Semoga berjaya pada masa hadapan dan dapat mengecapi impian adik.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...