Pesta Belon Panas Antarabangsa Kembali Lagi di Putrajaya – Tiket Masuk Adalah Percuma

Trending

Pesta Belon Panas Antarabangsa Kembali Lagi di Putrajaya – Tiket Masuk Adalah Percuma

Pesta tahunan yang diadakan di Putrajaya pada 28-31 Mac 2019 ini adalah yang yang ke-10 dalam sejarah penganjurannya. Berbeza dengan tahun sebelum-belumnya, pesta tahun ini mempunyai pelbagai tarikan baru terutamanya bentuk-bentuk belon yang unik.

Advertisement

Belon udara panas berbentuk badut, sotong, robot dan gajah ialah antara tarikan pada pesta tahun ini. Selain itu, belon iglu bercahaya yang direka menggunakan bahan kitar semula dan dikendalikan oleh juruterbang antarabangsa akan turut ditampilkan sebagai tarikan baharu pesta ini. Lebih 14 negara menyertai acara ini diantaranya ialah Sepanyol, Slovakia, Brazil, Belgium, Jepun dan pelbagai lagi.

Tiket masuk ke acara selama 4 hari dari 8 pagi hingga 7 malam itu adalah percuma namun bagi pengunjung yang ingin mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan oleh penganjur akan dikenakan bayaran sebanyak RM13 hingga RM300.  Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pesta ini anda boleh melawat laman web rasmi iaitu https://www.myballoonfiesta.com.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...