Pesona Pulau Jeju yang Wajib Anda Teroka!

Hiburan

Pesona Pulau Jeju yang Wajib Anda Teroka!

Peminat setia K-pop pasti sangat mengenali Pulau Jeju, selain dari pengambaran beberapa drama dan rancangan popular Korea, Jeju juga merupakan destinasi romantik yang wajib dikunjungi.

image

Advertisement

Pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan sumber alam yang tak ternilai. Dikenali dengan ‘three plenties’ atau samda-do, iaitu Batu, Wanita dan angin, Pulau Jeju Pasti memukau sesiapa saja yang melihatnya.

Batu, Wanita Dan Angin

image

Batu – Terbentuk dari letusan gunung berapi 2 juta tahun lalu, hampir 90% permukaan Pulau Jeju adalah dari batu gunung berapi tersebut. Selain itu, batu juga merupakan alat utama dalam setiap pembinaan di Jeju. Sebab itu penduduk korea memanggil Jeju Pulau Batu!

image

Wanita – Penyelam wanita sangat sinonim dengan Jeju, jika anda selalu menonton rancangan TV Korea, pasti pernah melihat aksi para penyelam wanita yang melakukan kerja mereka tanpa menggunakan alat khas menyelam. Mereka menangkap hasil laut seperti sotong, rumpai laut dan abalone hanya menggunakan tangan. Teringin makanan laut segar? Tiada masalah.

image

Angin- Faktor geografi di Jeju yang sangat berangin telah digunakan sebagai sumber elektrik untuk setiap rumah di Pulau ini.

Bandar Selamat

image

Tahu tak selain Samda-do, Jeju juga dikenali sebagai sammo-do atau “Missing 3 Things”. Kenapa? Ada 3 perkara yang jarang berlaku atau tidak berlaku langsung di Jeju iaitu pencuri, pengemis dan pagar utama. Sebab itu anda akan perasan kebanyakkan rumah di sekitar Jeju tidak berpagar.

Mudahnya Cari Makanan Halal!

Jeju menawarkan perlbagai jenis makanan laut yang segar di mana sahaja anda berada di Pulau itu. Jika anda ternampak restoran dengan Perkataan “haemul” , maknanya restoran itu menyediakan hidangan makanan laut yang anda wajib cuba.

image

Terdapat juga pelbagai restoran makanan halal yang anda boleh anda kunjungi di Jeju dan biasanya kemudahan surau juga disediakan di setiap restoran tersebut.

Selain itu, kemudahan surau juga tersedia di beberapa lokasi tumpuan pelancong seperti di Ilchul Land dan Lotte Rental Car Autohouse.

Jadi kami kongsi beberapa Lokasi yang wajib pergi Jika ke Jeju:

1. Meneroka Gua Manjang

image

Gua Manjang Atau Manjanggul adalah salah satu terowong lava terbaik di dunia, dan merupakan monumen semulajadi. Gua Manjang mempunyai pelbagai struktur menarik di dalam termasuk terowong tiub lava, stalagmite dan stalagtite.

2. Mendaki Gunung Halla

image

Gunung Halla merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan dengan ketinggian 1,950m. Terdapat enam laluan mendaki untuk anda cuba. Pendaki dinasihatkan untuk memulakan pendakian seawall pagi kerana ada beberapa laluan yang akan ditutup awal.

3. Puncak Seongsan Ilchulbong

image

Puncak Seongsan Ilchulbong atau dikenali sebagai Peak of the Rising Sun yang merupakan kawah yang mempunyai luas sekitar 99,000 M dengan ketinggian 182 M yang disebabkan oleh letusan Gunung Api yang terletak di timur Pulau Jeju. Jadi anda perlu bangun awal jika ingin menikmati keindahan matahari terbit.

4. Play KPOP

image

Saranghaeyo! Daebak! Itu kata-kata yang mungkin anda ungkapkan jika bekunjung ke sini. Mana tidaknya, muzium digital yang berteknologi tinggi akan membuat anda lebih dekat dengan idola-idola Kpop anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menonton konsert hologram dan merasai pengalaman seperti menonton konsert sebenar. Pasti sangat teruja!

Jadi mesti anda tidak sabar untuk ke Jeju kan? Jangan risau Air Asia boleh memenuhi impian anda. Dengan penerbangan tambang murah Air Asia terus dari Kuala Lumpur ke Jeju, 4 kali seminggu, semua ini bukan lagi impian. Cepat tempah tiket penerbangan anda di www.airasia.com sekarang!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...