Peminat setia K-pop pasti sangat mengenali Pulau Jeju, selain dari pengambaran beberapa drama dan rancangan popular Korea, Jeju juga merupakan destinasi romantik yang wajib dikunjungi.
Pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan sumber alam yang tak ternilai. Dikenali dengan ‘three plenties’ atau samda-do, iaitu Batu, Wanita dan angin, Pulau Jeju Pasti memukau sesiapa saja yang melihatnya.
Batu, Wanita Dan Angin
Batu – Terbentuk dari letusan gunung berapi 2 juta tahun lalu, hampir 90% permukaan Pulau Jeju adalah dari batu gunung berapi tersebut. Selain itu, batu juga merupakan alat utama dalam setiap pembinaan di Jeju. Sebab itu penduduk korea memanggil Jeju Pulau Batu!
Wanita – Penyelam wanita sangat sinonim dengan Jeju, jika anda selalu menonton rancangan TV Korea, pasti pernah melihat aksi para penyelam wanita yang melakukan kerja mereka tanpa menggunakan alat khas menyelam. Mereka menangkap hasil laut seperti sotong, rumpai laut dan abalone hanya menggunakan tangan. Teringin makanan laut segar? Tiada masalah.
Angin- Faktor geografi di Jeju yang sangat berangin telah digunakan sebagai sumber elektrik untuk setiap rumah di Pulau ini.
Bandar Selamat
Tahu tak selain Samda-do, Jeju juga dikenali sebagai sammo-do atau “Missing 3 Things”. Kenapa? Ada 3 perkara yang jarang berlaku atau tidak berlaku langsung di Jeju iaitu pencuri, pengemis dan pagar utama. Sebab itu anda akan perasan kebanyakkan rumah di sekitar Jeju tidak berpagar.
Mudahnya Cari Makanan Halal!
Jeju menawarkan perlbagai jenis makanan laut yang segar di mana sahaja anda berada di Pulau itu. Jika anda ternampak restoran dengan Perkataan “haemul” , maknanya restoran itu menyediakan hidangan makanan laut yang anda wajib cuba.
Terdapat juga pelbagai restoran makanan halal yang anda boleh anda kunjungi di Jeju dan biasanya kemudahan surau juga disediakan di setiap restoran tersebut.
Selain itu, kemudahan surau juga tersedia di beberapa lokasi tumpuan pelancong seperti di Ilchul Land dan Lotte Rental Car Autohouse.
Jadi kami kongsi beberapa Lokasi yang wajib pergi Jika ke Jeju:
1. Meneroka Gua Manjang
Gua Manjang Atau Manjanggul adalah salah satu terowong lava terbaik di dunia, dan merupakan monumen semulajadi. Gua Manjang mempunyai pelbagai struktur menarik di dalam termasuk terowong tiub lava, stalagmite dan stalagtite.
2. Mendaki Gunung Halla
Gunung Halla merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan dengan ketinggian 1,950m. Terdapat enam laluan mendaki untuk anda cuba. Pendaki dinasihatkan untuk memulakan pendakian seawall pagi kerana ada beberapa laluan yang akan ditutup awal.
3. Puncak Seongsan Ilchulbong
Puncak Seongsan Ilchulbong atau dikenali sebagai Peak of the Rising Sun yang merupakan kawah yang mempunyai luas sekitar 99,000 M dengan ketinggian 182 M yang disebabkan oleh letusan Gunung Api yang terletak di timur Pulau Jeju. Jadi anda perlu bangun awal jika ingin menikmati keindahan matahari terbit.
4. Play KPOP
Saranghaeyo! Daebak! Itu kata-kata yang mungkin anda ungkapkan jika bekunjung ke sini. Mana tidaknya, muzium digital yang berteknologi tinggi akan membuat anda lebih dekat dengan idola-idola Kpop anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menonton konsert hologram dan merasai pengalaman seperti menonton konsert sebenar. Pasti sangat teruja!
Jadi mesti anda tidak sabar untuk ke Jeju kan? Jangan risau Air Asia boleh memenuhi impian anda. Dengan penerbangan tambang murah Air Asia terus dari Kuala Lumpur ke Jeju, 4 kali seminggu, semua ini bukan lagi impian. Cepat tempah tiket penerbangan anda di www.airasia.com sekarang!