Peserta MasterChef Malaysia 2 Bermulut Longkang? Terlalu Banyak Drama?

Peserta MasterChef Malaysia 2 Bermulut Longkang? Terlalu Banyak Drama?

Rasanya masih belum ada maklumat tentang MasterChef Malaysia musim kedua di sini. Memandangkan siri ini sedang hangat di pasaran dan menjadi perbualan ramai, kami telah meninjau pendapat-pendapat ramai penonton di Facebook, forum dan blog.

Apa yang boleh disimpulkan, ramai penonton berpendapat yang MasterChef Malaysia 2 ini menampilkan sebahagian peserta yang ‘bermulut longkang’. Ada antara mereka yang terlalu ‘jujur’ dalam memberikan komen kepada peserta lain, hingga dianggap seolah-olah mencari gaduh. Ini dikatakan tidak berlaku dalam MasterChef Malaysia musim pertama (walau dipalit kontroversi salah seorang juri yang memalsukan resume) dan juga peserta-peserta MasterChef Selebriti juga dikatakan tidak ‘selongkang’ ini, walaupun menampilkan diva laser Azwan Ali.

Malam tadi, telah menyaksikan penyingkiran Atiqah dari MasterChef Malaysia 2 setelah dia terpilih dalam senarai dua terbawah bersama Che Lah.

Advertisement

Siapakah peserta-peserta MasterChef Malaysia pada kali ini?

Seramai 24 orang peserta berjuang dalam MasterChef Malaysia musim kedua ini rata-rata mempunyai latar belakang yang berbeza, seperti doktor, arkitek, penasihat kecantikan dan peninju tomoi.

Sementara itu, gabungan tiga orang juri daripada MasterChef Selebriti yang lalu dikekalkan untuk MasterChef Malaysia musim kedua. Mereka adalah Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Papa Joe, Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran.

Manakala peserta-peserta yang terpilih ialah Ag Matzleinsah Addy b. Aharun – Addy, 24 (Sabah) , Pemain Futsal; Ikha (Sabah) 21, Pembantu kedai telefon; Mohd Adlyzan bin Zainal – Adly (Pahang) , 28;  Etiqah Siti Norashikeen  – Etiqa, 24,  Sabah , Lepasan Universiti; Hamdu Joharis bin Othman – Joharis, 29 (Pulau Pinang );. Kasilah binti Paeng – Che lah, 40 (Johor) Penasihat Kecantikan,  Mohamad Ismail b. Amir – Cikgu Ismail, 29 (Pulau Pinang) ; Ahmad Nuruddin b. Md Rasid- Dean, 24 (Kedah)Pengusaha Homestay; Nur Shahida Wahab – Shahida , 28 (Selangor), Doktor; Nora Ashikin bt Abd Basi – Nora, 26 , Pahang, Pegawai Sukan;. Hafiz, 28, (Perak) Pramugara; Rosemah Ibrahim , 49 (N. Sembilan); Ngui Yeang Hong – Ah hong , 29 (Sarawak) , Arkitek; Mohamad Fizuan Syahnaz -  Fizuan,19; Wan Nur Eda- Eida, Pelajar Kejururawatan; Wan Ilaika bt Mohd Zakaria – Ilaika, 23, Pelajar Kewartawanan; Nurul Shazlina bt Mohd Sharif- Nina ,  31; Telson ,26; Muhammad Khairul Ammar bin Jasn-  Ammar,22 (Sabah )Pelajar Penerbangan; Nur Atiqah bt Anuar – Atiqah23, (KL) , Muhd Fazrul Nizam Anaz Anizan- Along,18, Pelajar Pentadbiran Awam; Faizatul Azni bt Muridan – Azni, 25, Penganalisis Kewangan; Lokman Nul Hakim Akem,18, Pulau Pinang, Peniaga; dan Izyan Hani, 25.

Sebelum Atiqah disingkirkan malam tadi, Masterchef Malaysia 2 telah menyaksikan penyingkiran Akem dan Addy pada 23 September, Shahida pada 26 September, Ikha pada 30 September, dan Along pada 3 Oktober.

Khabarnya ada yang naik malas mahu menonton MasterChef Malaysia kerana bosan dengan sikap para peserta yang laser tidak bertempat. Apa pun kami pasti ramai yang masih mahu menonton MasterChef Malaysia 2 kerana melalui tinjauan kami, realiti tentang televisyen realiti ialah para penonton gemarkan ‘drama’ yang bukan sekadar lakonan. Malah rancangan televisyen realiti seperti Keeping Up With The Kardashians ataupun Survivor memang terkenal kerana ‘drama’ ini, bezanya untuk rancangan MasterChef bagi negara-negara lain, drama seperti ini tidaklah mendominasi rancangan.

Siapakah peserta favourite anda? Jom kongsikan bersama kami. Kredit gambar Faceboook MasterChef Malaysia. Untuk info, MasterChef Malaysia 2 ditayangkan di rangkaian Astro Ria dan Astro Mustika HD.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...