Peserta Ijtima Tabligh Kes 136 Boleh Didakwa Kerana Enggan Kuarantin Diri Sendiri

Trending

Peserta Ijtima Tabligh Kes 136 Boleh Didakwa Kerana Enggan Kuarantin Diri Sendiri

Seorang pemuda 26 tahun yang sedang belajar di Korea Selatan juga dikenal pasti sebagai Kes 136 jangkitan COVID-19 di Malaysia boleh didakwa kerana tidak mengambil langkah untuk kuarantin diri sendiri walaupun menunjukkan simptom demam.

Pemuda itu yang juga bekerja sendiri sebagai agen perjalanan pulang ke Malaysia pada 22 Februari dan dikatakan datang ke program Ijtima’ Tabligh pada 27 Februari. Dia kemudiannya menunjukkan simptom demam pada 3 Mac, kembali ke luar negara pada 4 Mac, sebelum pulang ke Malaysia.

Advertisement

Kementerian Kesihatan Malaysia menganggarkan 16,500 orang telah hadir ke program itu di Masjid Sri Petaling dari 27 Feb hingga 1 Mac. Pemuda itu kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.

Malah, mangsa yang dijangkiti COVID-19 kerana berhubung terus dengan Kes 136 semasa program itu boleh mengambil tindakan saman sivil terhadapnya kerana mendedahkan mereka kepada jangkitan.

Ini adalah berdasarkan Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Pemuda kes 136 memenuhi ciri-ciri berikut:

  • Baru pulang dari negara berisiko
  • Diberi pendedahan secukupnya untuk kuarantin
  • Enggan dan tidak mematuhi arahan kuarantin
  • Keluar ke tempat terbuka dalam tempoh kuarantin sepatutnya masih berjalan

Oleh itu, jika masih ada peserta perhimpunan Ijtima’ Tabligh yang masih belum membuat pemeriksaan, anda sepatutnya datang ke klinik kesihatan terdekat untuk menjalani saringan COVID-19.

Keengganan anda menjalani pemeriksaan bukan sahaja membahayakan nyawa anda malah nyawa orang lain dan ahli keluarga terdekat. Bertindak sekarang, sebelum terlambat. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...