Program Gegar Vaganza 2017 kini sudah pun masuk minggu ke 5 dan tidak dinafikan persaingan antara peserta semakin sengit, semua sudah menunjukkan taring masing-masing. Namun, penaja utama GV 2017, Datuk Seri Vida menerusi akaun Instagramnya meluahkan sedikit pendapat berikutan pemilihan lagu yang diberikan kepada peserta.
Buat Vida, lagu untuk konsert Ahad ini tidak mencabar vokal peserta dan ibarat hendak dinyanyikan di pasar malam sahaja.
Setiap lagu mempunyai cara nyanyian yang berbeza, mungkin ada sesetengahnya dianggap agak sendu tetapi tidak bermakna ia mudah untuk dinyanyikan. Apa-apa pun, sebagai penaja utama tidak salah untuk Vida menyuarakan pendapat beliau. Apa pula komen anda? Setuju atau tidak dengan apa yang dikatakan oleh Vida?