Agak tidak masuk akal apabila seseorang tidak tahu apa itu maksud GST. Kalau tak faham konsep GST, bolehlah diterima lagi. Bak kata Ahmad Maslan, Tun Mahathir pun tak faham apa itu GST. Inikan pula kita selaku rakyat marhaen. Agak sedih juga apabila salah seorang peserta Dewi Remaja iaitu Mawar Rashid di dalam satu temuraramah gagal memberikan makna penuh GST. Akibatnya, Mawar telah dicop sebagai ‘beauty without brain’ atau dalam bahasa Melayunya ‘cantik tapi tak ada otak’.
Selain daripada tidak tahu apa itu maksud GST, Mawar Rashid juga dikritik teruk kerana cara menjawab soalannya yang nampak agak ‘fake’. Hmmmm. Mungkin selepas Dewi Remaja Mawar boleh pergi kelas untuk belajar bercakap. Tak perlulah tersenyum sepanjang masa. Tonton video di bawah bermula minit ke 2:35 untuk penerangan Mawar tentang GST.
Guys.. Maksud (gst) is goods and services tax yg menggantikan (sst) sales and services tax.. mawar mintak maaf pada semua sebab mawar kurang peka tentang isu ekonomi negara..pelajaran & assigments serta aktivit2 mawar yg padat setiap hari telah membuat mawar lalai tentang perkembangan isu semasa..mungkin ade yg diluar sana sebaya mawar yg mungkin jugak kurang pasti tentang GST..mawar belajar dari kesilapan dan insyaallah akan lebih membuka minda tentang isu isu semasa..mawar apologise once again dan ambil setiap kritikan dan teguran utk improve diri mawar to b a better person..tq to all yg still support mawar.. mawar nak sambung study. wish me luck guys??peace no war
 Diharap Mawar Rashid selepas ini lebih peka dengan apa yang sedang terjadi di negara kita lebih-lebih lagi selaku salah seorang peserta Dewi Remaja. Jangan harap muka je cun tapi pengetahuan zero. Tak berguna jugak kan? Apa kata anda?