Pertandingan Dewi Remaja anjuran Karangkraf sudah berdekad lamanya dilaksanakan dan telah menghasilkan ramai personaliti dan selebriti yang berjaya. Antara yang mula dikenali melalui pertandingan ini ialah Neelofa, Rozita Che Wan, Aleeza Kassim, Anzalna, Umie Aida, Kuza, Jasmin Hamid, Didie Alias, Juliana Banos, Rita Rudaini dan ramai lagi.
Boleh dikatakan mereka semua berkulit cerah cuma pertandingan kali ini menampilkan seorang gadis 18 tahun berkulit gelap, Haneesya Hanee dan walaupun pada mulanya dia mendapat sokongan ramai kerana diejek ‘hitam macam Afrika’, kini ramai mengkritiknya kerana asyik memainkan isu tersebut di Instagram Story dan Twitter.
Tolong cari positiviti sendiri
Setiap hari meroyan

Kalau tak tahan kena kecam jangan mengada masuk program realiti
Daripada nak minat, terus jadi menyampah
Macam tak ada benda lain dia nak cakap
Anggap saja dia budak tak matang
Sepatutnya dia tak layan komen begitu
Kesimpulan penulis, tiada siapa sukakan seseorang yang sering menggunakan naratif ‘mangsa’. Anda sepatutnya bersikap lebih positif dan mengabaikan kritikan yang tidak membina.
Jika anda yakin dengan penampilan dan bakat anda, tiada kata-kata yang mampu melukakan, bukan? Sebab ramai yang menyokong anda. – amazingnara.com