Hujung minggu lepas, episod pertama rancangan realiti Clever Girl telah disiarkan di TV3 buat pertama kali. Ia menampilkan 14 orang gadis jelitawan dan boleh dikatakan mempunyai latar belakang pendidikan tinggi  yang mewakili 14 negeri di Malaysia.
Namun, masih ada yang tidak faham apakah motif rancangan Clever Girl lebih-lebih lagi ada salah seorang peserta langsung tidak menunjukkan ciri-ciri gadis bijak kerana tidak dapat membezakan Mahatma Gandhi dan Mother Teresa. Eh, biar betul? Rasanya semua tahu siapa Mahatma Gandhi bukan?
Dek kerana perkara itu, agak teruk juga peserta itu dikutuk oleh sesetengah netizen. Malah, ada juga yang menganggap soalan yang diberikan kepada gadis-gadis Clever Girl tidak mencabar dan seiring dengan gelaran Clever Girl itu sendiri.
Mungkin juga peserta itu nervous sampai terlupa siapa itu Mahatma Gandhi. Iyalah, bila ada di atas pentas benda yang kita ingat pun boleh lupa dalam sekelip mata. Bagi mereka peluang dahulu dan lihat bagaimana prestasi mereka pada minggu hadapan.