Peserta AF Megastar Diberikan Elaun Setiap Minggu, Bukan Bertanding Secara Percuma – Astro

Hiburan

Peserta AF Megastar Diberikan Elaun Setiap Minggu, Bukan Bertanding Secara Percuma – Astro

Sebagai penaja utama AF Megastar 2017, Dato’ Seri Aliff Syukri semalam menerusi akaun Instagramnya dilihat “naik angin” apabila menjadi mangsa kecaman netizen yang mendakwa beliau kedekut dan tidak ikhlas kerana pembahagian hadiah yang dianggap tidak adil pada konsert final AF Megastar 2017. Iyalah, ramai yang tidak puas hati kerana juara sahaja yang membawa pulang hadiah yang agak lumayan sedangkan beberapa finalis lain pulang dengan tangan kosong.

Advertisement

Menjawab segala tuduhan tersebut, Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris dalam satu sidang media menjelaskan mereka menganggap semua peserta adalah penyanyi profesional dan membayar mereka elaun setiap minggu.

Kita anggap semua peserta artis profesional dan membayar mereka semua dengan jumlah sepatutnya setiap minggu. Walaupun kita hanya umumkan hadiah juara sahaja tetapi sebenarnya empat lagi finalis turut mendapat hadiah sama rata kerana tiada tempat kedua atau ketiga dalam AF Megastar. Jadi ia bukan isu sama ada hanya Idayu sahaja mendapat hadiah.

Harapnya dengan penjelasan daripada pihak Astro sendiri, netizen tidak lagi mengkritik ataupun menyalahkan Dato’ Seri Aliff Syukri lagi.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...