Menjawab segala tuduhan tersebut, Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris dalam satu sidang media menjelaskan mereka menganggap semua peserta adalah penyanyi profesional dan membayar mereka elaun setiap minggu.
Kita anggap semua peserta artis profesional dan membayar mereka semua dengan jumlah sepatutnya setiap minggu. Walaupun kita hanya umumkan hadiah juara sahaja tetapi sebenarnya empat lagi finalis turut mendapat hadiah sama rata kerana tiada tempat kedua atau ketiga dalam AF Megastar. Jadi ia bukan isu sama ada hanya Idayu sahaja mendapat hadiah.
Harapnya dengan penjelasan daripada pihak Astro sendiri, netizen tidak lagi mengkritik ataupun menyalahkan Dato’ Seri Aliff Syukri lagi.