Gara-gara mengejar publisiti murahan, seorang instafemes dikenali sebagai James Potok sanggup menipu untuk mendapatkan perhatian ramai. Penerbangan dari Toronto ke Jamaica itu menjadi panik apabila dia mengumumkan baru pulang dari Wuhan dan mensyaki dirinya dijangkiti wabak itu.
“Boleh semua orang bagi perhatian sekejap? Saya baru pulang dari wilayah Hunan, bandar tercetus wabak coronavirus. Dan saya rasa tidak sihat sekarang ni. Terima kasih.”
Advertisement
Selepas pengumuman itu, krew kabin bergegas memberinya topeng muka dan sarung tangan untuk dipakai. Dia kemudian diiring oleh krew kabin untuk diasingkan daripada penumpang yang lain. Tapi siapa sangka, itu semua adalah satu penipuan yang dilakukan James untuk menjadi viral.
Dia berkata tindakannya itu hanyalah sebagai satu bahan lawwak dan guarauan untuk video viralnya. Tapi nampaknya, tak ada satu pun penumpang yang rasakan benda itu sesuatu yang kelakar dan ketawa malah ada yang terus memakai topeng muka.
Impaknya, pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan secara kecemasan dan berpatah semula ke Toronto. Penerbangan kedua juga terpaksa dibatalkan daripada jadual.
Pesawat yang membawa 243 penumpang itu berpatah semula dan penumpang yang lain terpaksa menunggu penerbangan seterusnya. James kemudian diperiksa oleh pasukan perubatan dan hasilnya dia tidak dijangkiti wabak tersebut.
Salah seorang penumpang memberitahu dia terkejut apabila lelaki tersebut buat pengumuman itu. Sehinggakan pesawat membuat pusingan mengejut dan mereka mendarat semula ke Toronto. Ramai penumpang yang kecewa dan marah kerana ianya telah mengganggu percutian dan rancangan mereka.

Laluan pesawat berpatah balik
Hanya mahu viral
James kemudiannya ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahan itu dan akan dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan pada 9 Mac akan datang. Dia yang menganggap dirinya sebagai artis itu memberitahu keinginannya untuk viral dan dikenali.
Saya seorang artis. Segala jenis publisiti untuk saya adalah bagus untuk saya. Saya bawa kamera untuk rakamkan video viral untuk saya jadi terkenal.
Walaubagaimanapun, dia mengaku kesalahannya itu dan meminta maaf kerana telah menyusahkan penumpang yang lain. Dia sedar tindakannya itu akan mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai tetapi tidak sangka ianya begitu teruk dan sensitif untuk orang lain.
James merupakan artis yang baru ingin meningkat naik dengan jumlah 34,000 pengikut di Instagram (sudah private). Akaun YouTube dengan nama Potok Philippe yang memuatnaik muzik video lagu miliknya. Niatnya untuk merakamkan video viral tidak kesampaian malah dirinya kini teruk dikecam oleh orang ramai.
WestJet flight to Jamaica was turned around halfway there when a 29 year old man announced that he had the Corona Virus … It appears to be a prank …250 passengers were standed in Toronto as well as others in Montego Bay , Jamaica pic.twitter.com/obscZav4FJ
— Gerald Frank (@drgeraldfg) February 4, 2020