Pesawat Terhempas : “Saya Terselamat Kerana Gulung Badan Seperti Bayi Dalam Janin”

Trending

Pesawat Terhempas : “Saya Terselamat Kerana Gulung Badan Seperti Bayi Dalam Janin”

Seorang kru yang terselamat dalam kejadian nahas pesawat yang membawa pasukan bola sepak Chapecoense berkata, dia terselamat dari nahas tragis tersebut kerana sempat menggulungkan badan seperti bayi dalam janin ketika kejadian berlaku.

Advertisement

Erwin Tumiri berkata, ketika kejadian tersebut, mangsa yang ketakutan dalam pesawat itu meninggalkan tempat duduk masing-masing dan mula menjerit semasa pesawat CP-2933 itu mula terhempas.

Menurut Tumiri, dia terselamat dari nahas itu kerana dia ‘mematuhi langkah keselamatan’.

“Saya letakkan beg diantara kaki saya dan membentuk kedudukan bayi dalam janin – sebagaimana yang disyorkan ketika berlaku insiden tidak diingini”, kata Tumiri kepada penyelamat.

‘Ketika kejadian, ramai yang berdiri dari tempat duduk mereka dan menjerit’, kata Tumiri sebagaimana dipetik oleh Fox Sports Argentina.


Posisi yang disyorkan ketika berlaku sesuatu insiden kepada pesawat. Posisi ini dikenali sebagai Brace Position. Foto: Google

Sementara itu, seorang pramugari, Ximena Suarez, yang turut terselamat dari nahas itu memberitahu pihak berkuasa bahawa lampu terpadam ketika pesawat itu sedang jatuh ke bawah.

“Saya tidak ingat bagaimana ia berlaku”, katanya menurut laporan Deportes RCN.

Hanya enam penumpang terselamat dari nahas yang mengorbankan 71 nyawa itu.

Brazil mengumumkan mereka akan berkabung selama tiga hari susulan kejadian.

Sumber: Dailymail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...