Pesawat penerbangan Malaysia MH01 yang dalam penerbangan ke KLIA dari London mengalami ‘turbulence’ atau gegaran udara yang menyebabkan beberapa penumpang dan anak kapal cedera.
Memetik laporan BH Online , penumpang serta anak kapal yang cedera telah dihantar ke Hospital Putrajaya sebaik sahaja selamat mendarat di KLIA kira-kira jam 6 petang tadi.
Pesawat itu dikatakan mengalami ‘Clear Air Turbulence’ (CAT) atau gelora udara stabil ketika berada di ruang udara Teluk Bengal.
Kejadian disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.