Pesawat Lion Air Terhempas, Beberapa Barangan Peribadi Mangsa Dijumpai

Trending

Pesawat Lion Air Terhempas, Beberapa Barangan Peribadi Mangsa Dijumpai

Sebuah pesawat dipercayai terhempas ke dalam laut di Indonesia selepas berlepas  sekitar 13 minit dari Jakarta pada pagi tadi.

Pesawat Lion Air JT 610, penerbangan Jakarta ke Pangkalpinang yang berlepas pada jam 6.20 pagi (waktu tempatan) dilaporkan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara kira-kira 6.33 pagi.

Advertisement

Dijadualkan tiba di Pangkalpinang pada jam 7.20 pagi, menerusi jurucakap pihak berkuasa mencari dan menyelamat Indonesia telah mengesahkan yang pesawat itu telah terhempas di Laut Jawa.

Setakat sekarang, tragedi ini melibatkan seramai 188 mangsa yang termasuk:

  • 178 dewasa
  • 3 kanak-kanak (2 bayi)
  • 7 anak kapal

Antara penumpang yang menaiki pesawat ini ialah 20 orang pegawai dari Kementerian Kewangan Indonesia.

Sekitar waktu tengah hari tadi, serpihan pesawat Lion Air yang jatuh di perairan Karawang ditemui tidak jauh dari koordinat akhir yang direkodkan.

Menurut Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dari Kementerian Pengangkutan Indonesia, Sindu Rahayu, juruterbang pesawat JT-610 memberi indikasi untuk kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sebelum ia dipercayai hilang dari radar.

Selain beberapa serpihan pesawat, pasukan penyelamat juga menemui beberapa barangan peribadi mangsa seperti kad pengenalan, buku akaun bank, dan casing telefon bimbit dengan gambar berpegangan tangan.

Ada juga kelihatan pelampung, serpihan kerusi yang dipercayai juga daripada pesawat berkenaan.

Juruterbang pesawat ini telah disahkan sebagai warganegara India dan mempunyai pengalaman mengendalikan penerbangan lebih 11,000 jam. Kapal terbang itu juga merupakan pesawat baru dari jenis Boeing 737 MAX 8 dan telah beroperasi dengan syarikat itu sejak Ogos lalu.

Misi mencari dan menyelamat masih diteruskan dan semua keluarga mangsa boleh mendapatkan maklumat lanjut di lapangan terbang Pangkalpinang dan Lapangan Terbang Soekarno–Hatta.

Sumber: Kompas TV, Awani, Sutopo_pn

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...