Pesawat Jeddah-KL Terpaksa Berpatah Balik Gara-Gara Seorang Wanita Tertinggal Anak Di Airport

Trending

Pesawat Jeddah-KL Terpaksa Berpatah Balik Gara-Gara Seorang Wanita Tertinggal Anak Di Airport

Seperti yang kita selalu alami, jika tertinggal barangan sudah tentu kita biarkan dan menjadi perkara biasa. Mungkin bunyi agak pelik tetapi itu adalah realiti di mana seorang ibu tertinggal anaknya di lapangan terbang di Jeddah.

Advertisement

Pesawat penerbangan Saudi yang berlepas dari Jeddah menuju ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik apabila seorang ibu menyedari bayinya tertinggal di lapangan terbang.

Laporan berita Gulf News, penerbangan SV832 melencong semula ke lapangan terbang selepas seorang wanita memberitahu kru kabin bahawa dia tertinggal bayinya di ruang berlepas Lapangan Terbang Raja Abd Aziz.

Susulan insiden seperti ini tidak pernah berlaku, semua pihak pada awalnya teragak-agak untuk memikirkan protokol yang sewajarnya.

Pegawai ATC, selepas mencatatkan nombor pesawat telah bertanyakan kepada rakan kerjanya tentang protokol yang perlu digunakan.

“Pesawat ini meminta untuk berpatah balik… ada seorang penumpang tertinggal bayinya di ruang berlepas, kasihan…,” katanya yang terpaksa bertanya kembali tujuan permintaan juruterbang itu untuk pengesahan.

Rata-rata netizen memuji juruterbang pesawat tersebut berkenaan yang tenang mengendalikan situasi tersebut dan mempunyai sifat ihsan.

 

Sumber: GulfNews

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...