Pesawat EgyptAir MS804 Hilang Dari Radar, Bawa 59 penumpang & 10 Krew

Trending

Pesawat EgyptAir MS804 Hilang Dari Radar, Bawa 59 penumpang & 10 Krew

img_1625Sebuah pesawat EgyptAir dengan penarbangan MS804 dilaporkan telah hilang dari radar. Syarikat penerbangan itu berkata pesawat tersebut dijadualkan terbang dari Perancis ke Cairo.

CNBC melaporkan, EgyptAir menerusi posting Facebook berkata, pesawat itu terbang dari lapangan terbang Paris’ Charles de Gaulle pada 11.09 p.m (waktu Perancis) dan hilang dari radar pada awal pagi hari ini(waktu Perancis).

Advertisement

103648183-Egyptair.530x298

Posting itu juga memberitahu pesawat tersebut membawa 59 penumpang dan 10 krew.

EgyptAir dalam kenyataan terbaru Facebook melaporkan, pesawat itu terbang pada ketinggian 37,000 kaki dan sudah memasuki ruang udara Mesir sejauh 16 km ketika ia hilang. NBC juga melaporkan, pihak berkuasa Mesir telah sedang melancarkan operasi pencarian di laut Mediterranean.

Perkara ini disahkan oleh Kementerian Udara Mesir, lapor The Guardian. Sehingga kini, pesawat tersebut sudah hilang selama tiga jam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.