Pesara Tentera Berusia 62 Tahun Berjaya Pecah Rekod Buat Senaman ‘Plank’ Paling Lama Di Dunia Selama Lapan Jam

Kehidupan

Pesara Tentera Berusia 62 Tahun Berjaya Pecah Rekod Buat Senaman ‘Plank’ Paling Lama Di Dunia Selama Lapan Jam

Seorang pesara tentera berusia 62 tahun berjaya membuktikan usia bukanlah penghalang untuk kita melakukan sesuatu. Demi membuktikan senaman mampu memperbaiki kesihatan mental seseorang, George Hood memecah rekod dunia dengan melakukan senaman ‘plank’ selama lapan jam!

Senaman ‘plank‘ bukanlah sesuatu yang mudah lagi-lagi untuk bertahan lama dalam posisi begitu. Untuk melakukan ‘plank’, seseorang perlu berada dalam kedudukan meniarap dengan bergantung pada kekuatan tangan bagi menampung berat badan.

Advertisement

senaman plank

Rekod dunia

Menurut Guinness World Records, pesara tentera ini berjaya memecahkan rekod dalam ‘The Longest Male Abdominal Plank’ dengan catatan masa 8 jam dan 15 minit. Pada tahun 2013, beliau berjaya memegang rekod selama 3 jam dan 7 minit untuk senaman ‘plank’. Namun, rekod itu dicantas oleh seorang pegawai polis dari China, Mao Weidong dengan bacaan masa 8 jam dan 1 minit.

senaman plank

George memberitahu demi mencapai rekod hebat ini dia melakukan latihan selama kira-kira 2,100 jam senaman ‘plank’ sebagai persiapan. Dia mula melakukan senaman plank pada tahun 2011 dan berlatih selama 7 jam dalam masa sehari.

Saya betul-betul mengasingkan diri dari realiti sebuah jam. Ianya satu seni dan kemahiran yang saya berjaya kuasai selama bertahun-tahun.

senaman plank

Antara latihan yang dilakukan oleh beliau termasuklah 674,000 bangkit tubi, 270,000 tekan tubi dan satu senaman ‘plank’ yang dikatakan pernah bertahan selama 10 jam dan 10 minit. Selepas berjaya memecah rekod dunia itu, George mengumumkan persaraannya dari dunia ‘planking’.

george hood

Selepas bersara dari melakukan ‘plank’, kini beliau berazam mahu memecah rekod dunia bagi bilangan tekan tubi paling banyak yang boleh dilakukan dalam masa satu jam. Pada masa ini, rekod dunia tersebut dipegang oleh Carlton Williams yang berusia 52 tahun dengan rekod 2,220 tekan tubi dalam masa satu jam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...