Pesanan Dibuat Lambat Diterima Pelanggan, Peniaga Biskut OKU Sedih Dipanggil ‘Fishy’ Di Twitter

Berita

Pesanan Dibuat Lambat Diterima Pelanggan, Peniaga Biskut OKU Sedih Dipanggil ‘Fishy’ Di Twitter

Kini tular di media sosial, Twitter dimana Daniel Cheng yang merupakan orang kurang upaya berkerusi roda dan juga merupakan peniaga Orang Kurang Upaya (OKU) dilabelkan fishy (diragui) kerana pesanan yang dibuat lambat diterima pelanggan sejak bulan Ogos lalu.

Cheng berkongsikan sebuah ciapan di lama Twitternya mengatakan ada seorang individu yang dipanggil ‘akak’ meminta semula wang tempahan dipulangkan semula kerana menunggu terlalu lama.

Advertisement

Difahamkan peniaga tersebut telah memulangkan semula wang itu tetapi lain pula yang jadi apabila pelanggan tersebut tweet di laman Twitternya mengatakan peniaga OKU ini sedikit meragukan.

Oleh kerana itu, nama baik serta perniagaannya terjejas dan tercemar. Ia membuatkan Cheng berasa amat sedih dan tertekan dengan apa yang sedang berlaku.

Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, netizen meninggalkan komen bercampur-baur. Ada yang mendoakan agar peniaga biskut itu sentiasa dimurahkan rezeki dan anggap semua yang berlaku adalah ujian buatnya.

Twitter Daniel ChengSumber : Twitter 

Dalam pada masa yang sama, ada juga warganet yang mempersoalkan tentang bagaimana pesanan biskut pelanggan mengambil masa yang lama sehingga memakan masa berbulan-bulan untuk disiapkan olehnya.

Twitter Daniel ChengSumber : Twitter 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan dibawah.

Emma Maembong Addy Kana
3 years ago

Foto Emma Maembong Undang Tanda Tanya, Tutup Ruangan Komen Di Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...