Inisiatif dan kebaikan rakyat Malaysia memberi bantuan dan bersedekah kepada rakyat Indonesia dengan cara membuat pesanan di aplikasi penghantaran makanan, Grab mendapat pujian masyarakat negara itu.
Beberapa pengguna media sosial dari Indonesia membuat hantaran dengan menyebarkan cerita tentang kebaikan rakyat Malaysia terhadap mereka di saat berlaku pergolakan ini.
Pengguna Instagram, @larasatipusparasa menceritakan bagaimana rakyat Malaysia membuat pesanan melalui aplikasi Grab dan Ojek dalam talian (ojol).
For all Malaysian, thank you so much. MasyaAllah Tabrakallah. I rasa terharu gila tengok korang order Grab belikan makanan. Semoga kebaikan korang dibalas berlipat ganda oleh Allah SWT, Aamiin ya Rab.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, seorang pengguna Threads dari Indonesia, @sylviadewipy juga turut membuat hantaran dan bercakap tentang hal yang sama iaitu memuji kebaikan rakyat Malaysia.
Kata Sylvia, dia cukup terharu kerana bukan sahaja mempunyai inisiatif untuk membuat pesanan tetapi juga turut memberitahu cara-cara dan tips sebelum bersedekah.
Yang manisnya bagi aku, mereka juga beritahu tutorial cara untuk tidak memesan pork atau alkohol dan pastikan lokasi penghantaran tidak berdekatan balai polis.’
View on Threads