Pesakit Kerap Amalkan “Meruang”, Kawasan Peranakan DIjangkiti Kuman & Dipenuhi Nanah.

Trending

Pesakit Kerap Amalkan “Meruang”, Kawasan Peranakan DIjangkiti Kuman & Dipenuhi Nanah.

Beberapa tahun lepas pernah seorang wanita menjalani pembedahan kecemasan dengan diagnosis radang appendiks pecah (perforated appendicitis). Dia sebelum itu mengalami sakit perut berpanjangan beserta demam dan muntah-muntah.

Advertisement

Sejurus pembedahan bermula dan rongga peritoneumnya dibuka, membuak-buak nanah keluar dari abdomennya. Doktor bedah segera menyedut keluar nanah tersebut.

Wah hampir dua liter banyaknya! Baunya usah dicerita! Usus besar segera dikeluarkan untuk mencari lokasi juluran appendiks. Aneh! Appendiks pesakit tersebut normal. Jadi dari mana datangnya nanah sebanyak itu?

Doktor bedah terpaksa memanjangkan hirisan kulit untuk memperbesarkan lubang, demi memudahkan pandangan. Sumber jangkitan perlu dicari dan dibuang segera.

Rupa-rupanya sumber jangkitan kuman adalah dari kawasan peranakannya iaitu tiub fallopian dan ovari. Habis rosak melekat-lekat organ-organ dirongga pelvik pesakit tersebut. Radang dan merah menyala.

Terpaksa dipanggil pakar sakitpuan pula untuk masuk mengambil alih pembedahan.

Ini kerana ruang pelvis adalah dibawah kepakaran bahagian sakitpuan. Sebelah tiub peranakan dan ovari yang teruk dijangkiti kuman terpaksa dibuang.

Kemudian bergelen-gelen air digunakan untuk membersihkan nanah yang melekat-lekat. Punca penyakit tubo-ovarian abscess itu dikenalpasti sebagai komplikasi dari penyakit radang pelvis (pelvic inflammatory disease).

Pada mulanya kami hairan juga pesakit semuda itu mendapat penyakit sedemikian.

Dia bukan berpenyakit diabetes, bukan pekerja seks juga. Hanya surirumah biasa yang setia kepada suami yang satu. Tetapi selepas diselidiki, rupa-rupanya dia pengamal tegar vaginal douching.

Dia pernah mengalami jangkitan faraj, namun apabila mengamalkan douching dengan basuhan yang dibeli dari toko tepi jalan, didapati simptom kegatalannya telah berkurangan.

Namun selepas berhenti douching, keputihannya menjadi lebih teruk. Jadi dia tak bisa berhenti melakukan sedemikian kerana percaya hanya itu saja jalan untuk menyembuhkan jangkitan farajnya.

Dia tak tahu bahawa jangkitan faraj boleh disembuhkan dengan rawatan di klinik saja.

Dan douching secara kerap hanya menerukkan lagi jangkitan alat kelaminnya. Douching bukan saja memusnahkan bakteria baik yang memelihara kesihatan faraj, malah ia menghakis lapisan perlindungan dinding faraj.

Akibatnya kuman dan bakteria mudah saja masuk menjangkiti alat kelaminnya seterusnya naik dan bermaharajalela di kawasan peranakannya tanpa sebarang halangan (pelvic inflammatory disease).

Itulah yang menyebabkan pengumpulan nanah dirongga pelviknya.

Saya cuma berkongsi pengalaman saya menguruskan pesakit sedemikian.

Wanita tersebut bukan saja bakal berpotensi mengalami jangkitan berulang, malah tipis sekali harapannya untuk mengandung akibat rosak teruk anggota peranakannya.

Anggota badan anda, anda sendirilah yang buat pilihan. Kami hanya mampu menasihati sahaja.

Hana Hadzrami
Sukati kome lah. Sakit nanti kami tetap rawat, tapi barang anda tetap cacat.

Sumber : Hana Hadzrami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...