Pesakit Kanser 11 Tahun – “Ibu Akan Lepaskan Saya Pergi”

Trending

Pesakit Kanser 11 Tahun – “Ibu Akan Lepaskan Saya Pergi”

Seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang telah menghabiskan separuh usianya berjuang menentang kanser mendedahkan dalam blognya yang dia dan keluarganya membuat keputusan untuk berhenti mendapatkan rawatan bagi memanjangkan usianya.

Reece Puddington mula didiagnios menghidap neuroblastoma pada April 2008, dan doktor memberitahu tiada penawar untuk penyakitnya.

Advertisement

article-2562208-1B9A31AB00000578-705_634x647

Walaupun diramal sebegitu, pada tahun 2010, dia telah berjaya sembuh dari penyakitnya. Bagaimanapun apa yang tragik ialah pada tahun 2012, doktor mendapati dia menghidap kanser buah pinggang, dan kali ini ia kanser terminal.

Kini Reece yang berasal dari Whitstable, Kent, memberitahu yang dia membuat pilihan untuk menolak mengambil dadah jenis baru yang berkemungkinan boleh membantu dia memanjangkan sedikit jangka hayatnya, supaya dia boleh bersedia untuk mati.

article-2562208-1B9A300800000578-585_634x603

Menulis dalam laman Facebooknya dalam satu status bertajuk ‘Permulaan Kepada Sebuah Pengakhiran’ dia menulis:-

Saya boleh memilih untuk mencuba dadah baru, tapi ini bermakna saya perlu menghabiskan banyak masa di hospital dan menyesuaikan diri dengan kesan sampingan pengambilan dadah, tapi mungkin juga ia boleh memanjangkan sedikit hayat saya, atau, saya boleh memilih untuk tidak berbuat apa-apa, duduk di rumah dan biarkan apa yang bakal berlaku terjadi yang akan menyebabkan hayat saya berakhir lebih awal berbanding jika saya dapatkan rawatan.

Ibu saya selama bertahun-tahun berharap yang dia cukup cekal untuk mengetahui bila untuk kata ‘cukuplah apa yang telah dilakukan’.

Selepas memikirkan dengan teliti, ibu saya fikir, jika dia lakukan semua ini untuk dirinya, maka dia takkan berhenti menghantar saya ke hospital untuk dirawat, tetapi jika dia fikir dia perlu lakukan untuk saya, maka dia akan lepaskan saya pergi.

Dan dia akan lepaskan saya pergi.

Januari lepas Reece menyenaraikan perkara-perkara yang hendak dia lakukan sebelum ‘pergi’ antaranya bertemu dengan pelakon Johnny Depp dan melihat ibunya Kay mendapat lesen memandu, sehinggalah membina satu rumah Hobbit di taman belakang rumahnya.

Senarai ‘bucket list’ Reece telah memulakan satu usaha dari para individu seluruh dunia yang mahu merealisasikan impiannya menerusi hadiah dan derma.

Keputusan terbaru Reece menyebabkan ramai yang selama ini mengikuti berita perjuangannya menentang kanser merasa sedih namun menyokong keputusannya yang berani dan berharap dia dapat memenuhi semua impiannya sebelum pergi.

article-2550954-1B2C10FE00000578-825_634x386

Ujian menunjukkan yang kanser Reece telah merebak ke sum-sum tulang, dada, bahagian kiri tulang pelvik dan tulang paha kanan.

Selama ini Reece dijaga sepenuh masa oleh ibunya yang kini berusia 40 tahun.

Derma untuk Reece yang sudah dikumpulkan untuk merealisasikan impiannya ialah £5,000 (RM 25,000).

article-2550954-1B2C10DB00000578-52_634x772

Antara impian yang telah dicapai ialah untuk bersarapan pagi di restoran Whetherspoon. Dia tidak cukup sihat untuk ke sana jadi restoran tersebut telah membawakan sarapan untuk Reece di atas katil.

Antara impian Reece yang lain ialah memiliki Xbox One dan melawat negara Afrika.

Laporan asal: Dailymail UK

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...