Pesakit COVID-19 Sedia Diterima Hospital Swasta – PHPN

COVID-19

Pesakit COVID-19 Sedia Diterima Hospital Swasta – PHPN

Seperti sedia maklum, kadar peningkatan pesakit Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara ini menyebabkan kesesakan di hospital kerajaan. Bagi mengurangkan kesesakan tersebut, fasiliti di hospital swasta bersedia untuk menerima pesakit Covid-19 untuk mendapatkan rawatan.

Datuk Dr Jacob Thomas selaku Pengerusi Nexus Penjagaan Kesihatan Swasta (PHPN) berkata, pihak swasta menyediakan sebanyak 71 unit ventilator kepada hospital kerajaan ketika kes yang direkodkan di Unit Rawatan Intensif (ICU) dan Unit Rawatan Koronari (CCU) telah mula menunjukkan penurunan dan ia disahkan Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Datuk Dr Kuljit Singh.

Advertisement

fasiliti hospital

Tambah Dr Jacob, pihak kesihatan swasta sentiasa menyokong arahan dan usaha kerajaan dalam menangani situasi pandemik Covid-19 yang semakin meningkat di negara ini.

“Terdapat juga pesakit bukan Covid-19 yang dipindahkan ke hospital swasta contohnya pesakit yang perlu menjalani ujian dialisis dan pembedahan. Ini bagi mengurangkan risiko jangkitan dan membantu meningkatkan lagi kapasiti wad dan katil di hospital kerajaan”.

Antara langkah yang diambil PHPN dalam membantu kerajaan ialah menyediakan pusat saringan di hospital swasta dan sehingga sekarang sebanyak 130 fasiliti swasta menyediakan pusat saringan.

“PHPN juga mengambil langkah lebih awal semasa negara dilanda wabak ini dengan mewujudkan model ‘Public-Private Partnership’ (PPP) untuk merangsang penglibatan pihak swasta dan menambah baik mutu perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh kerajaan”.

Beliau menjelaskan dengan perubahan yang sistematik, hospital swasta dapat memaksimumkan sumber dari pelbagai sudut seperti peralatan, teknologi, kepakaran dan penjagaan pesakit.

“Ia dapat menjadi penyumbang kepada peningkatan produktiviti di hospital kerajaan dengan para barisan hadapan kini berdepan tekanan fizikal dan mental dalam mendepani situasi yang sangat mencabar ini”.

Sektor swasta menerajui PHPN dan disokong oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...