Siapa sangka seseorang tanpa sejarah melancong ke luar negara ataupun mempunyai kontak rapat dengan mereka yang dijangkiti juga berpotensi menjadi pembawa virus COVID-19. Itu lah pengalaman yang dikongsikan oleh Naqiah Jalaludin di laman Twitternya baru-baru ini.
Menurut gadis itu, dia disahkan positif wabak itu selepas menunjukkan simptom-simptom seorang pesakit COVID-19. Perkongsian yang dikongsinya ini telah mengubah pandangan rakyat Malaysia yang lain tentang persepsi pembawa COVID-19.
Tiada kontak rapat
Semalam lebih kurang jam 1.30 pm, saya dapat phone call from PKD Petaling mengenai keputusan Covid-19. Boleh kata memang tengah tunggu dia orang call pun. On Saturday night, my husband bawa I ke Sunmed, niat asalnya nak warded tapi sebab ada simptom batuk dan demam, kena pergi ke khemah saringan.
Keadaan masa itu agak teruk sebab dah 2 hari muntah-muntah, demam dan batuk dah seminggu. Simptom yang dialami adalah: loss sense of smell and taste, demam, dry cough, headache, muntah, susah bernafas, cirit birit (yang ni recent 3 days). I guess masa hilang bau tu I dah ada hunch.
“Kenapa pelik? Sebab, kalau dry cough macam mana boleh nose macam tersumbat, and nose tu pun rasa kering.”
Hilang deria bau/rasa agak lama, almost a week. Now all better. Simptom lain pun dah berkurang, just sometimes still rasa sore throat, batuk dan cirit birit. 4 nights ago, I was unable to sleep, sebab tak boleh bernafas. It was in the morning I talked to my husband untuk push sunmed for the covid result.
Menurut Naqiah, sepatutnya mereka dijanjikan akan menerima keputusan ujian COVID-19 dalam masa 24 jam sahaja. Selepas melalui pelbagai cabaran dan masalah, akhirnya dia menerima keputusan tersebut semalam selepas dihubungi oleh doktor.
Terkejut dengar keputusan
Time Dr call, tergamam. The feelings a bit similar masa we were informed doctors couldn’t anything dah for arwah mama. Tergamam, terkejut, blur, confused, took awhile to actually have all sorts of questions, panicking.
Semasa dihubungi oleh pihak doktor, Naqiah sudah seperti dapat mengagak bahawa dirinya positif wabak tersebut berdasarkan nasa suara doktor yang menghubunginya. Pastinya bukan mudah untuk menerima kenyataan itu ditambah mula dia tidak ke luar negara ataupun mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19.
I have no clue how or where I got it from. Part of me was still in denial, tapi bila I dengar jiran katil I dekat ward ni pun both loss sense of taste and cirit birit pun salah satu simptom, dah boleh la terima sikit-sikit.
Apa yang membimbangkannya kini ialah ahli keluarganya yang mempunyai kontak rapat dengannya. Sepanjang berada di rumah, dia tidak tahu dirinya adalah pembawa COVID-19 semasa menunggu keputusan daripada pihak hospital.
Dia turut berkongsikan kronologi ringkas kejadian semasa dia mula mendapat simptom-simptom jangkitan bermula pada 19 Mac yang lalu.
19 Mac
– Start demam, dry cough, nose kering and blocked terus walaupun tak ada phlegm.
– Lasted for few days, tapi suhu badan tu on off. Yang consistent is dry cough, hilang deria bau, tekak dan hidung kering rasa kering. Mostly demam i macam sekejap je few hours.
Selain itu, orang ramai turut bertanya kepadanya tentang ubat yang diambilnya semasa mengalami batuk yang teruk. Melalui perkongsiannya, dia memberitahu telah mencuba pelbagai ubat untuk membantu melegakan batuknya itu.
Ubat batuk yg Bena Expactorant tu. Mcm-macam colour i cuba. Bila yang dry cough, I drank the blue one, hari yang teruk tu i drank the maroon/orange colour. Prospan pun ada few times. Flu meds Clarinase, vit c, warm water with lemon and honey (ni few times je mostly masa teruk)
Sementara itu, dia turut memberitahu semua ahli keluarganya kini perlu dikuarantin dan menjalani ujian saringan memandangkan telah menjadi kontak rapatnya. Kebiasaannya KKM akan datang ke rumah pesakit untuk melakukan kerja-kerja ‘house sanitization’ tetapi disebabkan jumlah kes yang terlalu tinggi, mereka hanya memaklumkan melalui panggilan telefon tentang apa yang perlu dibuat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah berkongsikan sesuatu yang baru mengenai kes jangkitan seperti ini. Netizen juga turut mendoakan semoga segalanya dipermudahkan buat dia dan keluarga.
Artikel berkaitan: Wanita Kongsi Pengalaman Melahirkan Anak Tanpa Peneman Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan