Pesakit Covid-19 Dirawat Di Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah

COVID-19

Pesakit Covid-19 Dirawat Di Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah

Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah @ IIUM (SASMEC@IIUM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berperanan sebagai pusat rawatan pesakit Covid-19 di negeri Kuantan.

Prof Datuk Dr Mohamed Saufi Awang sebagai pengarah menjelaskan, keputusan itu dimeterai selepas mesyuarat koordinasi yang diadakan antara Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dengan pihak pengurusan hospital swasta.

Advertisement

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri tu sejak Disember tahun lalu. SASMEC @ IIUM membantu JKNP dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan dalam proses mengambil sampel ujian calitan untuk mempercepatkan lagi keputusan ujian saringan penyakit Covid-19.

ujian calitan

“Bermula pertengahan bulan lalu SASMEC @ IIUM menjadi hospital berkonsepkan hibrid di mana kami merawat pesakit Covid-19 dan juga pesakit lain”. 

“Sehingga kini kami berjaya merawat seramai 13 pesakit Covid-19 dan sebanyak 4600 sampel ujian saringan Covid-19 di daerah bagi membantu PKD Kuantan mempercepatkan proses keputusan saringan penyakit berkenaan”.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat perancangan strategik SASMEC @ IIUM di Kuantan. Sebelum ini, pihaknya hanya merawat pesakit Covid-19 kategori tiga dan empat sahaja manakala untuk kategori satu dan dua dirujuk ke PKD Kuantan serta pesakit lima yang memerlukan bantuan inkubasi dirujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA).

Bermula bulan lalu, semua hospital swasta di daerah berkenaan diberi peranan untuk merawat semua pesakit Covid-19 bagi semua kategori bertujuan membantu meringankna beban JKNP.

Pakar Mikrobiologi Klinikal, Penyelaras Unit Pencegahan dan Kawalan Jangkita SASMEC @ IIUM, Dr Norhidayah Kamarudin berkata, pihaknya mempunyai tiga wad khusus bagi merawat pesakit Covid-19, 14 katil di wad utama dan ia boleh ditambah kepada 21 katil sekiranya keadaan memerlukan.

“Kami juga mempunyai dua lagi wad saringan Covid-19 yang berperanan sebagai wad untuk menyaring pesakit bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan penyakit berkenaan manakala satu lagi wad untuk menyaring pesakit yang mempunyai simptommm serta memerlukan saringan melalui Polymerase Chain Reaction (PCR)”.

Tambah beliau, pihaknya mampu menerima kira-kira 150 sampel sehari daripada PKD Kuantan dan sekiranya perlu turut akan membantu melakukan saringan Covid-19 dalam skala yang besar.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...