Pesakit COVID-19 Dibenarkan Discaj Walaupun Masih Positif Selepas 14 Hari

COVID-19

Pesakit COVID-19 Dibenarkan Discaj Walaupun Masih Positif Selepas 14 Hari

Dalam kenyataan terbarunya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membenarkan pesakit COVID-19 untuk discaj dari hospital walaupun mereka masih positif pada hari terakhir, kerana tahap kebolehjangkitan mereka yang rendah selepas menjalani tempoh rawatan selama dua minggu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan protokol ini berubah dari sebelumnya di mana pesakit akan terus dirawat di hospital sekiranya mereka diuji positif pada hari ke-13.

Advertisement

“Menurut laporan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) baru-baru ini, jika mereka telah melewati 14 hari tempoh rawatan, kemungkinan untuk mereka menjangkiti orang lain adalah sifar.”

Gambar hiasan

Dia turut menyatakan bahawa pesakit COVID-19 mungkin masih positif ujian itu selepas 14 hari kerana penumpahan virus atau kerana ujian itu mengesan serpihan virus yang telah mati.

Tambah Dr Noor Hisham lagi, protokol itu berubah kerana ia adalah virus jenis baharu dan pihaknya juga masih lagi mengkaji lanjut mengenainya. Namun, keputusan itu diambil atas kajian yang dilaksanakan WHO di kebanyakkan negara termasuklah Korea dan Taiwan.

“Selepas discaj, kita menasihatkan pesakit untuk kuarantin dua minggu di rumah.”

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...