Pesakit COVID-19 Di Sabah Maut Selepas Terjun Tingkat Lapan Bangunan Hospital

COVID-19

Pesakit COVID-19 Di Sabah Maut Selepas Terjun Tingkat Lapan Bangunan Hospital

Bertindak untuk terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, seorang pesakit COVID-19 wanita maut di tempat kejadian.

Menurut Habibi Majinji selaku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP, pihaknya menerima laporan mengenai tersebut pada jam 9.30 malam.

Advertisement

“Wanita tempatan berusia 63 tahun itu terjun dari tingkap di tingkat lapan bangunan hospital berkenaan sebelum disedari pihak hospital. Mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan pada 13 Oktober lalu selepas disahkan positif COVID-19,”

Dedah Habibi lagi, mangsa difahamkan telah bebas jangkitan tersebut dan dijadualkan untuk keluar hospital pada Khamis.

“Pihak polis sedang menjalankan siasat bagi mengenal pasti punca mangsa terjun termasuk mencari saksi di tempat kejadian. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung mangsa diminta tampil membantu siasatan,”

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...