Pesakit COVID-19 Di Arab Saudi Berdepan Hukuman Pancung Selepas Kantoi Meludah Di Kawasan Awam

COVID-19

Pesakit COVID-19 Di Arab Saudi Berdepan Hukuman Pancung Selepas Kantoi Meludah Di Kawasan Awam

Tindakan seorang lelaki asing meludah ketika berada di tempat awam di Arab Saudi telah mengundang padah apabila dirinya bakal berhadapan dengan hukuman pancung. Pekerja di pusat membeli belah mendapati dia telah meludah dengan sembarangan yang menyebabkan mereka membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Selepas ditahan, ternyata lelaki tersebut sebenarnya adalah pesakit COVID-19 selepas ujian dilakukan padanya. Walau bagaimanapun pihak berkuasa menyembunyikan identiti lelaki asing tersebut dan tidak didedahkan kepada media. Tidak dapat dipastikan juga sama ada lelaki tersebut sedar dia positif wabak tersebut semasa meludah pada troli di pusat membeli belah itu.

Advertisement

troli

Menurut pihak berkuasa, tindakan lelaki itu mengundang bahaya kepada orang awam terutamanya kejadian itu berlaku di kawasan awam. Jika lelaki tersebut didapati bersalah di mana dia sedar dirinya mempunyai wabak tersebut semasa melakukan kesalahan itu, dia bakal berhadapan dengan hukuman pancung.

Sementara itu, orang ramai yang telah mengunjungi pusat membeli belah tersebut telah diminta melakukan ujian saringan sebagai langkah berjaga-jaga. Arab Saudi pada ketika ini telah menerima lebih 1,000 kes positif COVID-19 dengan tiga kematian setakat ini. Tindakan lelaki ini jelas telah menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat di Arab Saudi dan salah dari segi undang-undang negara tersebut.

Artikel berkaitan: Langgar Perintah ‘Lockdown’, Polis India Pukul Orang Awam Sehingga Maut

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...