Pesakit COVID-19 Beri Amaran Sebelum Meninggal, Minta Orang Ramai Pakai Topeng Muka Dan Jaga Jarak Sosial

Kehidupan

Pesakit COVID-19 Beri Amaran Sebelum Meninggal, Minta Orang Ramai Pakai Topeng Muka Dan Jaga Jarak Sosial

Amerika Syarikat yang merupakan negara paling teruk terjejas dengan pandemik COVID-19 ini telah menerima 3,040,833 kes setakat ini. Sekaligus kekal menjadi negara di kedudukan teratas diikuti oleh Brazil dan India.

Pemandu lori berusia 51 tahun dari California ini sempat memberikan pesanan terakhirnya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir akibat wabak ini. Thomas Macias yang merupakan pesakit diabetes mengikuti langkah-langkah pencegahan dengan memakai topeng muka dan penjarakan sosial semasa wabak ini mula menular.

Advertisement

Tetapi ketika negara itu mula melonggarkan sekatan dan membuka restoran, Thomas mula berasa selesa dan dilihat keluar bersantai untuk bertemu dengan rakan-rakan. Malah, dia juga sempat menghadiri majlis barbeku bersama rakan-rakannya.

Dia mula merasa sakit beberapa hari kemudian tetapi dia fikir dia jatuh sakit hanya kerana diabetesnya. Dia kemudian pergi melawat ibu dan saudaranya di mana adik-beradiknya melihat bahawa dia kelihatan letih dan berpeluh.

“Kerana kebodohan saya, nyawa ibu, kakak dan keluarga saya dalam bahaya.”

facebook

Tidak lama selepas itu, seorang rakan yang pernah menghadiri barbeku yang sama memberitahunya bahawa mereka disahkan positif COVID-19 dan meminta dia untuk melakukan ujian saringan.

Rakan itu sebenarnya telah diuji positif COVID-19 tetapi menganggap tidak mengapa mereka keluar kerana mereka tidak menunjukkan simptom. Mereka juga percaya mereka tidak boleh menjangkiti sesiapa sahaja jika mereka tidak merasa sakit.

Pegawai kesihatan telah memberi peringatan  bahawa virus itu dapat menular walaupun pesakit tidak pernah menunjukkan gejala COVID-19.

Thomas kemudian bimbang dia telah membahayakan keluarganya namun ibu dan kakaknya semuanya diuji negatif untuk virus itu. Tetapi gejala yang dialami lelaki ini bertambah buruk sehingga dia terpanggil untuk menulis catatan terakhir di Facebook. Dia memanggil adik-beradiknya dan memberitahu bahawa dia menghadapi masalah pernafasan.

Beberapa jam selepas itu, dia menghembuskan nafas yang terakhir. Anak saudaranya memberitahu kelonggaran yang diberikan telah menyebabkan pak ciknya berasa selesa walaupun keadaan masih belum selamat. Dia berharap perkongsian itu dapat menyedarkan orang ramai untuk sentiasa berjaga-jaga.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...