“Pesakit Boleh Ke Klinik Atau Hospital Swasta” – Doktor Malaysia Mogok Tiga Hari Bermula Hari Ini, Kemuka 6 Tuntutan

Berita

“Pesakit Boleh Ke Klinik Atau Hospital Swasta” – Doktor Malaysia Mogok Tiga Hari Bermula Hari Ini, Kemuka 6 Tuntutan

Memetik Berita Harian Online, sekumpulan doktor kontrak telah merancang untuk mengadakan mogok selama tiga hari bermula hari ini dan tidak berganjak daripada keputusan mereka untuk melakukannya.

Menerusi Instagram rasmi mereka, kumpulan yang dikenali sebagai Mogok Doktor Malaysia itu mendakwa seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan akan menyertai mogok berkenaan.

Advertisement

Para petugas yang menyertai mogok itu tidak akan hadir bertugas selama tiga hari dengan alasan mengambil cuti sakit atau cuit kecemasan.

Kami sudah hilang kepercayaan terhadap Kementerian Kesihatan (KKM) dan ahli politik yang menabur janji palsu. Doktor kontrak ialah pekerjaan mulia, bukan kuli.

Jurucakap kumpulan itu juga memaklumkan sudah mengeluarkan notis awal supaya orang untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital swasta.

Pesakit mengambil risiko sendiri jika pergi ke hospital awam atau klinik kesihatan. Kami sudah memberi notis awal tapi kami berharap tiada kemalangan jiwa berlaku.

Lapor Sinar Harian, kumpulan doktor kontrak yang melakukan mogok telah membuat enam tuntutan kepada kerajaan melalui Kementerian Kesihatan.

Antaranya, menyerapkan doktor kontrak ke dalam jawatan tanpa sebarang syarat atau temuduga, gaji pokok pakar dengan pegawai perubatan dinaikkan dan waktu ‘on call’ dikurangkan tidak melebihi enam kali sebulan.

makanan orang tak puasa jamban
2 years ago

"Kantoi Tak Puasa.." - Nasi Bungkus Disorok Dalam Mesin Basuh, Ayam Goreng Diperap Depan Mangkuk Jamban

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...