“Pesakit Belum Meninggal Lagi Tapi Waris Dah Berebut Harta Di Wad ICU”, Doktor Ini ‘Jelik’ Dengan Sikap Sesetengah Keluarga

Trending

“Pesakit Belum Meninggal Lagi Tapi Waris Dah Berebut Harta Di Wad ICU”, Doktor Ini ‘Jelik’ Dengan Sikap Sesetengah Keluarga

Kisah benar ini seolah-olah tiada hentinya. Malah sentiasa berlaku di tempat awam seperti di hospital. Dikisahkan oleh seorang doktor bernama Hana Hadzrami kisah-kisah yang berlaku di depannya di mana pesakit belum mati dan sedang tenat, saudara dah mula berebut harta.

Advertisement

REBUT

Baru-baru ini kecoh ICU kami apabila ada pergaduhan antara ahli keluarga pesakit. Isteri pesakit berebut dengan adik-beradik pesakit. Bukan berebut nak jaga, tetapi berebut nak keluarkan wang EPF pesakit.

Pelik juga orang tu belum lagi meninggal, tetapi dah berkerumun yang menunggu hartanya. Bil hospital bukan banyak mana pun sampai perlu keluarkan EPF; maksimum bil masuk ICU baru rm500.

Betullah kata orang, kalau nak lihat perangai sebenar manusia (termasuk ahli keluarga); uji dia dengan duit dan harta. Yang berketayap pun boleh terangkat kopiahnya!

Antara perkara saya diajar semenjak jadi houseman dulu ialah, jaga pesakit baik-baik sewaktu dia hidup. Dan jaga pesakit dengan lebih baik sebaik saja dia mati.

Ini kerana, sewaktu pesakit tenat atau sebaik saja meninggal di wad atau ICU, kerap terjadi, ahli keluarga datang bersama peguam untuk curi-curi ambil cap jari pesakit untuk keluarkan duit akaun atau tukar nama pada harta. Kami ini bukan saja pegang amanah nyawa, malah pegang amanah harta pesakit juga!!

Dunia oh dunia!!!

Saya paling tak boleh lupa kisah seorang cikgu, pesakit kanser payudara. Dia memang nak sangat rawat kansernya mengikut saranan doktor, namun mati-mati dihalang oleh suaminya. Patuh suami punya pasal, dia jalani rawatan secara tradisional saja.

Dia meninggal dunia beberapa bulan kemudian dalam keadaan sangat tersiksa. Beberapa hari selepas itu, tersenyum simpul si suami datang ke sekolah isteri untuk menguruskan wang pencen. Patutlah beriya dia menghalang, ada udang disebalik batu rupanya!!

Namun tak semua kisah cinta, palsu begitu.

Sepuluh tahun lepas, saya saksikan sendiri cinta suci seorang suami buat isteri yang tenat di ICU. Setiap hari, tak pernah tak datang melawat walaupun sentiasa nampak tergesa-gesa. Bila ditanya, rupanya ada anak kecil mereka berusia 3 tahun yang terpaksa dia tinggalkan begitu saja di rumah, setiap kali melawat isteri. Ditinggalkan anak itu berbekalkan makanan secukupnya dengan tawakal penuh didada.

Tiada sesiapa yang boleh diupah untuk menjaga anaknya kerana dia dah tak bekerja semenjak isterinya jatuh sakit. Nak harapkan keluarga, dia dah dibuang oleh keluarganya kerana bertukar agama sejurus berkahwin dengan wanita pilihannya. Menitik air mata mendengar kisahnya.
Itulah kehidupan.

Kadang-kadang dirasakan lebih baik tak berharta daripada menyaksikan sendiri perangai buruk orang yang kita sayangi berebutkan harta kita.
.
.
Hana Hadzrami
Memang tak berharta pun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...