Pesakit Bayar Bil Rawatan Hospital Swasta Guna Wang RM100 Palsu

Trending

Pesakit Bayar Bil Rawatan Hospital Swasta Guna Wang RM100 Palsu

Duit palsu adalah pengeluaran semula wang menggunakan bahan yang berkualiti rendah tetapi kelihatan sama dengan yang asli. Biasanya, duit palsu ini digunakan untuk menipu orang awam dalam pelbagai aspek.

Terkini, tular isu berkenaan pihak polis sedang mengesan seorang pesakit yang membuat bayaran bil rawatan di sebuah hospital swasta di sini pada Selasa menggunakan wang palsu.

Wang palsu dalam not RM100 itu diterima kakitangan kaunter bayaran dipercayai daripada salah seorang pesakit yang menerima rawatan di hospital terbabit pada hari berkenaan.

Advertisement

wang palsu

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, penemuan wang palsu itu disedari penyelia berkenaan sebelum dimaklumkan kepada pihak kewangan.

Berikutan itu, katanya, satu laporan polis dibuat pegawai kewangan hospital berkenaan di Balai Polis Kuantan di sini pada Selasa.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan”

Mohd Wazir berkata, pihaknya sedang mengenal pasti individu terbabit termasuk membuat semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di premis hospital terbabit.

Tambah beliau, mana-mana pihak yang didapati menggunakan wang palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

wang palsu

Sampai macamtu sekali nak menipu ya. Semoga perkongsian ini dapat memberi iktibar buat semua. Sebelum terima wang pastikan korang tengok ciri-ciri seperti cetakan, tekstur, ciri-ciri keselamatan dan nombor siri.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...